Sumber dari website Dr. Maza http://drmaza.com/home/?p=1076#more-1076.
Soalan: Saya seorang wanita yang merasa tertipu. Atas cadangan beberapa pihak saya menerima pinangan seorang pemuda. Mereka kata dia seorang yang baik. Kami pun bernikah. Setelah bernikah baru saya tahu dia seorang penagih dadah. Sudah dua kali dia ditahan. Saya tidak sanggup lagi bersuamikan dia. Dia pernah memukul saya. Malu saya di tempat kerja.
Saya ingin minta diceraikan atau kami dipisahkan. Ramai yang beritahu saya berdosa isteri minta cerai. Keluarga dia lebih-lebihan kutuk saya, kata saya isteri yang tidak baik kerana hendak minta cerai. Allah murka kepada isteri seperti saya. Dr, kenapa saya rasa tertindas jadi perempuan dalam agama saya sendiri?
Fazlina, Kuala Terengganu.
Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Semoga Allah mengeluarkan puan dari kezaliman manusia. Berikut adalah jawapan saya dalam masalah yang puan kemukakan:
1. Jika benar seperti yang disebutkan, pihak yang memperkenalkan suami puan kepada puan sehingga puan menerima pinangannya itu berdosa kalau mereka tahu dia seorang penagih tetapi tidak memaklumkannya kepada puan. Mereka termasuk dalam golongan yang menipu dan melakukan penyaksian dusta. Dosa keperitan hidup yang puan tanggung akan dikenakan juga kepada mereka atas penipuan tersebut. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka” (Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w menyatakan mereka yang menipu orang Islam itu terkeluar dari jalan petunjuk baginda. Bahkan perbuatan itu tempatnya dalam neraka.
2. Seorang muslim hendaklah berlaku jujur apabila ditanya tentang bakal suami atau isteri yang hendak seseorang kahwini. Memberitahu perihal seseorang kepada yang ingin membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak pinangan tidak termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Cumanya, pemberitahuan itu hendaklah sekadar yang diperlukan tanpa berlebihan kepada perkara-perkara yang tiada kaitan. Dalam hadis, apabila Fatimah binti Qais bertanya pendapat Nabi s.a.w mengenai Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jahm yang datang meminangnya, Nabi s.a.w menjawab:
“Adapun Abu Jahm dia tidak menurunkan tongkatnya dari bahunya. Sementara Mu’awiyah seorang yang miskin tiada berharta. Kahwinilah Usamah bin Zaid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w memberitahu perihal Abu Jahm dan Mu’awiyah yang menjadikan tidak sesuai untuk diterima pinangan mereka. Tidak menurunkan tongkat dalam hadis tersebut boleh jadi bermaksud sering bermusafir atau suka memukul wanita. Kemiskinan Mu’awiyah juga dimaklumkan oleh Nabi s.a.w untuk mengelakkan masalah. Bahkan Nabi s.a.w mencadangkan calon lain yang lebih baik.
3. Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.
Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.
4. Pemikiran sesetengah masyarakat Islam bahawa penceraian atau talak itu semua buruk adalah tidak benar. Talak atau cerai adakalanya disuruh oleh al-Quran, jika perkahwinan sudah tidak lagi membawa kebaikan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231). (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Maka talak itu jika membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci oleh Allah dan RasulNya. Adapun hadis riwayat Abu Daud:
“Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak” merupakan sebuah hadis yang dhaif atau lemah.(lihat: al-Albani, Irwa al-Ghalil, 7/106, Beirut: al-Maktab al-Islami).
Sementara hadis:
“Kahwinilah dan jangan kamu talak, kerana talak itu menggoncang Arasy” adalah sebuah hadis yang palsu. (lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Daifah, 1/278, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).
Hadis ini amat tidak lojik, bagaimana mungkin Arasy Allah bergegar dengan perceraian seseorang?! Sedangkan Nabi s.a.w sendiri pernah mentalakkan isteri baginda.
5. Wanita juga boleh memohon fasakh (bubar perkahwinan) atau khulu’ (tebus talak) jika dia merasakan suaminya sudah tidak sesuai dengannya dan dia tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah s.a.d dan mengadu:
“Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari).
Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Ada juga para ulama yang menafsirkan maksudnya dia terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H):
“Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya. Ini berdasarkan firman Allah: (maksudnya): “jika kamu takut keduanya (suami isteri) tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya”(Surah al-Baqarah:229) (Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/267, Kaherah: Hijr).
6. Seorang suami yang menagih dadah boleh membahayakan isteri. Sama ada boleh membawa penyakit yang bahaya seperti aids atau mendorong dia berlaku kejam. Kes-kes seperti ini tidak sepatutnya ditangguhkan. Surat bukti sah suami terjebak dengan dadah sepatutnya cukup untuk memboleh perkahwinan dibatalkan oleh pihak kadi atau mahkamah. Ini jika mahkamah mempunyai kesedaran tentang keadilan melebihi kecenderungan mempertahankan kerenah birokrasi.
7. Sebenarnya, banyak perkara yang disebut oleh para ulama yang membolehkan perkahwinan dibatalkan atau dibubarkan (fasakh) apabila berlaku kezaliman kepada isteri. Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan ketika mambahaskan tentang memisahkan (tafriq) suami dan isteri disebabkan mudarat menyebut dua jenis mudarat yang memboleh isteri menuntut untuk dia dipisahkan.
Satunya, mudarat dari segi fizikal seperti suami memukul, atau membuatkan sesuatu yang menyebabkan kecederaan. Kedua, segi jiwa atau psikologi seperti suami memakinya, atau tidak lagi mahu bersetubuh dengannya, atau menengkingnya atau enggan berbicara dengannya. Dr. Zaidan juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat. Ini seperti yang berlaku dalam kalangan mereka yang tidak senonoh. Di samping itu tambahan kepada dipisahkan, dia patut dihukum untuk diadabkannya. Ini seperti jika dia meliwat isteri”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (difasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Dr Zaidan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah 8/439. Beirut: Muassasah al-Risalah).
8. Jelas, Islam sama sekali tidak pernah menzalimi wanita. Apa yang berlaku dalam banyak keadaan adalah disebabkan oleh pengurusan sesetengah pihak tentang urusan wanita yang tidak menekan nilai-nilai keadilan, keselamatan wanita, perasaan mereka yang lemah dan seumpamanya. Janganlah disalahkan Islam, sebaliknya lihat keadilan Islam jendela nas-nas yang sahih.
9. Perkara yang terpenting dalam hal puan ini, berdoalah kepada Allah agar dibebaskan diri dari keadaan puan dan diberi gentian suami yang lebih baik dan soleh. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang masa depan seseorang, pohonlah masa depan yang baik daripadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 comments:
saya sudah berkahwin selama 10 tahun, dalam perkahwinan saya ini selalu terjadinya pergaduhan sebab suami saya jenis yang panas baran, dia kata dia sayang saya tetapi kalau dah bergaduh dia selalu menyakiti saya, terajanglah, penamparlah, tendanganlah atau humban saya dgan benda.. sehinggalah badan saya tersa sakit dan lebam2x.. dalam pergaduhan tu juga saya selalu minta di ceraikan dan jawapan suami pada saya adalah boleh kalau tu yang kamu mahukan, pernah juga suami kata yalah, boleh ba, ada juga masanya nanti tu, pernah juga suami saya berkata kalau saya minta diceraikan nanti kamu tua baru saya cerai..
hati dan perasaan ini dah tidak cinta dan sayang lagi pada suami setelah dia selalu menyakiti saya, dah berkali2x saya minta suami ceraikan saya tapi dia tak mahu.. suami kata semua yang dia cakap masa kami bergadu kalau saya minta diceraikan semuanya main2x sahaja..... dia minta maaf lah janji tak buat lagi...tapi saya dan tak cinta dgn suami dan takut dgan apa yang telah dia buat dgan saya berulang lagi sebab dia selalu begitu dah pukul saya minta maaf pas tu wat lagi... saya nak sangat bercerai dgan suami tapi dia tak nak lepaskan saya...
Dr Mohd Asri Zainul adakah hubungan suami isteri antara kami masi sah, masikah boleh kami bersama macam suami isteri, walau pun perkataan aku ceraikan kau dgn talak.... dia tak pernah kata, tapi perkataan yang dia selalu kata pada saya tu adakah telah menjatuhkan talak diantara kami, boleh kah saya menjauhkan diri pada suami dan tidak melayan dia lagi sebagai suami saya kalau dia dah keluarkan perkataan yg selalu dia keluarkan semasa kami bergaduh...
Salam
kami simpati atas masalah yang puan hadapi. Para 7 jelas telah menjawab masalah puan, puan berhak menuntut fasakh. Kedudukkan isteri yang dizalimi adalah terlindung dalam Islam. Isteri tidak boleh dipukul secara fizikal tanpa sebarang alasan. Memukul isteri adalah pilihan terakhir itu pun dengan cara yan diajarkan oleh Rasulullah saw tidak boleh sampai mencederakan dan tidak boleh dibahagian muka.
Oleh kerana dinegara kita ini nikah cerai diuruskan oleh pejabat agama, sila mendapatkan nasih dari pejabat agama berdekatan. WA
salam..saya ada sedikit kemusykilan..ada satu kes dimana seorg suami mmpunyai hubungan dgn rakan sekerjanya dan memohon poligami, kerana isteri nya tidak membenarkan dia memukul isterinya sehingga teruk.. isterinya memohon untuk bercerai dan didapati yang isterinya telah disihirkan oleh pihak permpuan yg lg satu.. ustaz yang membantu mengubatkan isteri itu memberitahu dia boleh menolong mematikan nafsu suaminya jika ingin bersama perempuan yg satu lag. isteri itu meminta kepastian yg perbuatan itu berdosa..ustaz itu memberitahu tak, kerana itu hak isteri tersebut... di sini saya rasa macam ada yang x betul oleh ustaz ni? adakah benar ia boleh di lakukan.. bukan kah ia seperti perbuatan berdosa seperti nasi kangkang yg dilihat di dalam televisyen?
ingin kepastian...
Assalamualaikum...
Saya ingin meminta pandangan dan pendapat bagi satu kes yang berlaku pada pasangan yang kahwin awal seusia 21 tahun...dimana seorang isteri telah memendam rasa setelah sekian lama... si suami curang pada isteri..ia bermula apabila isteri dalam pantang anak pertama..suami menjalinkan hubungan dengan perempuan lain..suami mengaku hubungan tersebut.Namun, isteri masih lagi sayangkan suami dan memaafkannya.Setelah usia anak menjangkau 4 tahun, suami sekali lagi menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan.Namun kali ini suami dan perempuan itu terlanjur..suami mengaku dan meminta izin untuk berpoligami dengan alasan untuk bertanggungjawab.Isteri sekali lagi memendam perasaan yang teramat pedih.Namun, isteri mengizinkan suami berkahwin..tetapi perkahwinan tersebut tidak berlangsung kerana perempuan yang membuat hubungan tersebut tidak mahu bernikah..dalam menghadapi masalah ini isteri mengandungkan anak kedua..dan setelah melahirkan anak kedua ini,suami sekali lagi membuat hubungan dengan seorang perempuan..usia anak kedua baru mencecah 4 bulan...suami tidak serik dan tidak insaf serta bersifat panas baran..isteri seorang yang taat pada suami dan agama..tetapi saya agak sedih kerana orang luar yang memandang suami tersebut pasti menganggapnya suami yang soleh berdasarkan perwatakannya dan dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang taat pada perintah Allah.Namun kebenarannya,dia menghancur lumatkan hati seorang isteri..isteri pernah meminta cerai kerana sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kecurangan suami yang berulangkali..tetapi si suami menyatakan bahawa dia tidak akan melafazkan cerai..adakah fasakh jalan terbaik untuk si isteri tersebut?
salam..saya ada masalah dengan suami saya..mohon pandangan anda yg arif ye...saya merupakan istri ke dua kpd suami saya...sebenarnya suami saya dah tipu saya mula2 kenal dia kata dia bujang tapi dah kenal 6 bulan baru tau dia sudah ada 2 istri..masa saya dah tau saya nak tglkan dia tapi dia merayu dan menyatakan kesungguhannya dengan menceraikan istri kedua dia...dia janji nak jg saya baik2 dan xkn ilangim perbuatan mencari perempuan lain lg...tp baru kahwin 8 bulan suami buat peranagi bila saya tau yg diadah mula adakn hubungan dgn 2 3 orang perempuan dan menipu perempuan2 tersebut menyatakan yang dia duda..malah ada jg istri orang yg di layannya..bila sy dah tau dia janji nk berubah dan x buat lg...baru2 ni saya dapat tau lg..dia merancang nak buar tak baik dgn sorang perempuan tu...hati dan perasaan saya hancur..dia bukanla kaya mana oun hanya ckup2 blanja untuk 2 keluarga..skang saya hamil 2 bulan dan tak dapat nk trima dia semula saya minta di ceraikan kerana dah tak mampu menahan penyeksaan jiwa...tolongla sy...
Puan berhak menuntut fasakh, rundingkan dengan pejabat agama yang terdekat. Jika cerita ini benar puan berhak melepaskan diri dari orang yang tidak jujur dan pelaku maksiat...
iddah bagi perempuan hamil adalah selepas melahirkan, sila dapatkan penerangan dari pejabat agama berdekatan.
Salam...saya nak minta pendapat pd yg a'rif..saya dah menikah selama 5thn.dan mempunyai 2 anak.n sekarang saya sedang hamil 8bln.saya ingin meminta cerai dari suami disebabkan:
1)Suami asik pukul bantai saya sampai lebam2,terajang semua
2)ade yang mengatakan bahwa suami saya ni gay...pada mulanya saya tak percaya,sehingga satu masa saya lihat sendiri di hp nye n sms nye.
Kami selalu bergaduh pasal soal duit?kalau die tak ade duit,mesti nk suruh saya minta dari ahli keluarga saya.selama ini,saya turutkan ape kehendaknye kerana sayang sangat dg suami.tapi bila lama kelamaan saya da tak sanggup lagi dg perangainye sebegitu.sekarang ni pula suami saya ade police case,ni disebabkan dia gunakan credit kad abang saya tanpa izin.dan sekarang dia asik mendesak untuk tidak diteruskan dakwaan itu...kalau dia dikenakan jail,saya redha
Saya mohon pandangannya
W'salam
Puan boleh mengadu dengan pejabat agama dan berbincang cara menuntut cerai:
1. Kalau puan dipukul suami, segera dapatkan awatan di hospital dan mintak doktor sahkan kecederaan akibat dipukul untuk dijadikan bukti.
2. Buat laporan polis sekiranya kezaliman melampaui batas.
3. Jika mengesyaki suami seorang gay, simpan bukti-bukti yang ada untuk diketengahkan.
Puan berhak menuntut keadilan, dapatkan nasihat dari pejabat agama.
saya pun nak bertanya juga..
thn lepas suami saya wat hal..bercinta lak..bile saya dapat tahu, saya marah la n bincang dgn dia..dia janji tak buat dah..
tp tgh thn ni..saya dapat tahu dia kawan lak lagi dgn org lain..dah kawin kat siam..betul ke tak tak tau la tu..dokumen tak de..bile tanya nak marah2 kite lak..
saya mmg tak leh terima apa yg dia wat saya..saya rasa ditipu diperbodohkan n diambil kesempatan..
sekarang ni kalau ajak bebincang kesudahhanya bergaduh bertekak..bak kata org la..apa yg kite buat semuanya salah la, yg sebelah sana dimenangnya..
kalau nak kata adil n mampu..pada diri sendiri pun lum adil n mampu, macam mana nak adilkan 2 pihak..
saya pun malas dah nak bertekak n tak nak berebut dah..
rasa mcm nak undur diri je..daripada tiap2 hari sakit hati mkn hati baik sendiri kot..tak pe ke?
cuma ..pe yg di fikiran saya adalah..
1. takut dia abaikan nafkah utk anak..
2. takut dia tak byr balik duit potingan gaji (dia buat loan guna nama saya, potong gaji saya n dia byr balik kat saya tiap2 bulan)
3. saya sanggup ke hadapi akan datang sorang2?
sy selalu minta cerai ngn suami kerna kami tak sehaluan kerap bergaduh..sy dkatakan kuat melawan..tp sy jd begitu kerna d sbb tertentu..skrg kami tahap kritikal sehinggakan dia akan setuju lepaskan saya tp dgn syarat dia amk sorg anak kami..dlm keadaan marah hilang segala kasih syg saya thdp suami..dn disitu sy byk melawan..tinggikan suara..saya tak tau nk perbaiki mcm mana hubngan kami...sehinggakan sy fikir berpisah jln terbaik kerna kmi tak sehaluan..selalu perselisihan fhm...sekarang sy buntu..haruskah sy teruskan perkhwinn ini.
salam.... saya mchip31@gmail.com ingin bertanya soalan kepada ustd.
saya ada satu masalah tentang isteri saya di mana ceritanya begini:
saya ada syak yang isteri saya ada hubungan dengan lelaki ( saudara/sepupu nya yang boleh dikahwini ). di mana saya syak pertama kali iaitu semasa ke rumah sepupunya di mana isteri saya semasa di rumah nya tidak duduk dengan saya malah duduk di antara saudaranya di depan saya. mereka sentiasa bercakap dan ketawa bersama saudara2 lain di sana. suatu masa mereka berdua telah masuk ke dalam bilik berdua-duaan di depan mata saya dan saudara2 mereka yang lain. saya tidak dapat menahan isteri saya untuk masuk ke dalam bilik tersebut, kerana saya berada di depan mereka dah saudara2 yang lain juga ada di sana semasa isteri dan saudaranya masuk ke dalam bilik tersebut. adalah dalam kira-kira 5 - 8minit berada di dalam bilik tersebut membuat kan hati saya tidak tenang. selepas itu isteri saya keluar dari bilik tersebut.
setiap kali ke rumah mereka saya sentiasa melihat kemesraan mereka berdua di depan saya dan orang lain iaitu sentiasa bersembang-sembang bersebelahan dan saya di tinggalkan di hadapan mereka.. semasa memberi susu badan kepada anak kami juga, isteri saya tidak menghadap ke arah saya malah ia menghadap ke hadapan saudara lelakinya.. malah semasa kami balik, isteri saya amat rapat dengan sepupunya saling bermasra ( cakap ) dan jarak antara muka mereka tidak kurang dari 5 incipun. dan saya hanya mampu melihat kerana saudara mereka semua ada di situ. mereka sentiasa mencari peluang berdua-duan di dalam dapur walaupun banyak saudara dan saya berada di ruang tamu yang memisahkan dinding antara dapur dan ruang tamu tsb.
persoalan-nya:
1. Apakah Perasaan Cemburu dan syak wasangka tersebut betul..?.
2. Apa patut saya buat..?..
Terima kasih atas nasihat Ust. dan sekiranya tak keberatan boleh kah ustd. kirim jawapan dan pendapat ustd. ke mchip31@gmail.com
Jika benar demikian, isteri anda termasuk dalam kategori yang boleh dikalsifikasikan sebagai curang dan tidak beradab. And wajib menegur dan melarang jika dia engkar keputusan di tangan anda:
sila lihat definasi lelaki dayus http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/lelaki-dayus.html.
WA
saya sekarang tengah buntu..saya dan suami telah berkahwin selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan.sejak kebelakangan ini suami saya telah berubah keinginan seksnya.Dia kata dia tertarik kepada perempuan yang mempunyai payudara dan punggung yang besar.Dah bermacam produk yang dia belikan untuk saya besarkan punggung dan payudara namun tidak berhasil.disamping itu dia juga gemar perempuan yang seksi dan menyuruh saya berpakaian seksi dan katanya dia puas bila lelaki lain melihat saya dan sanggup melihat saya berzina dengan lelaki lain untuk puaskan nafsunya namun hati saya masih ada iman dan ingat kepada Allah dan rasa sungguh terpaksa.saya rasakan sangat tidak bermaruah.bila saya suakan saya tak mampu melakukan seperti yang dia nakkan,kami mula bergaduh dan dia sangat baik dan mengikut kemahuan saya.saya kesian melihat keadaannya yang murung.lalu saya menyuruh dia berkahwin lain.namun jawapannya payahlah,takde duitlah,takde perempuanlah,dan macam-macam alasan.dia berkata dia sayang kepada saya dan tak mahu curang kepada saya dan katanya kalau dia berkahwin lain pun perempuan yang lain itu adalah sebagai pelepas nafsu sahaja.apakah yang perlu saya lakukan?saya sayangkan rumahtangga ini dan saya begitu sayang akan keluarganya.patutkah saya mengikut kemahuanya atau meminta cerai?
Puan tidak perlu tunduk kepada kehendak suami puan. Takut dan taatlah kepada perintah Allah, dalam soal ini puan tidak dikira menderhaka kepada suami puan.
keinginan seks suami puan adalah songsang. Puan tidak boleh mendedah aurat di luar rumah apa lagi melakukan zina... nauzubillah.
berusahalah memujuknya supaya melupakan keinginannya itu, jika tidak berdaya lagi puan berhak untuk memilih berpisah dengan dia. WA
Salam Ustaz say a taat Dan Akur dgn perintah suami,layan ibu mertua sebaik mungkin walaupun kdg2 say a tak dihargai,Lebihkan keluarga suami,namun Ustaz yg say a tak boleh terima Ustaz apabila suami say a terlalu pentingkan diri tidak pernah adil dgn keluarga say a,selalu melebihkan keluarganya ,Ustaz apakah hukum Dan dosa seorg menantu lelaki sam a dgn menantu perempuan? Apakah tanggungjwp anaklelaki hanya pd ibubapanya ?bagaimana dgn perasaan ibubapanya mertua. Utk pengetahuan Ustaz say a sell berhari ray a Di pihak suami sahaja.
Assalamualaikum ustaz
Sejak awal perkahwinan hingga kini saya rasa tertekan dgn sikap suami saya.Sering saya merintih dan mengadu dengan Tuhan maslah saya ini.Suami kurang mengambil berat tentang solat, saya sering menegurnya sampai satu ketika teguran saya dimarah dan kini saya tak tegur lagi, saya dah tak mampu lagi.Suami saya juga kurang komunikasi ,saya rasa mcm tunggul tapi dengan rakan baik dan mesra.keadaan mcm buat saya jadi dingin dan sering mengelak.tapi bila ingat dosa saya ikut.Ustaz, saya sering berdoa untuk keluar dari perkahwinan ini.Adakah saya berdosa? saya ingi bersama dengan seorang yang membantu saya untuk menngabdikan diri kpd Allah.
Assalamualaikum...
Ustaz yang dirahmati Allah.
Saya Insyirah. Saya keliru dengan status saya sekarang, samada saya masih isteri orang atau tidak lagi. Pada April lepas, suami telah melafazkan taklik yang berbunyi : Kalau lelaki tu datang berjumpa kau nanti, maknanya aku redha melepaskan kau.
Perkara itu (lelaki berjumpa saya) berlaku kemudian. Semasa dia melafazkan taklik berkenaan, tidak ada saksi, hanya kami berdua. Apakah talak sudah jatuh?
Untuk makluman Ustaz, sudah hampir 3 bulan dia tidak memberi nafkah kepada saya. Kami juga sudah tidak tinggal serumah kerana dia menghalau saya. Ibu bapanya juga turut masuk campur dan memburukkan lagi keadaan. Sejak awal perkahwinan lagi saya memang tidak bahagia kerana suami yang panas baran, suka melayan perempuan lain, cemburu buta, tidak solat lima waktu dan sangat suka melayari cerita lucah (internet dan blutooth ke hp). Berkali saya mengur sikapnya tapi semuanya berakhir dengan pertengkaran. Saya bersabar kerana mahu melihat dia berubah, namun sia-sia.
Sekarang dia menuduh saya ada lelaki lain. Jujur saya katakan, saya sudah tidak mahu hidup dengannya lagi.
Bantulah saya Ustaz.
Terima kasih.
Walaikumsalam
"Kalau lelaki itu datang berjumpa kamu"... jika dia benar-benar berniat untuk menjatuhkan talak kerana perkara ini dan telah melafazkannya didepan kamu, kita boleh andaikan lafaz ini lafaz taklik dan ianya sah. Jika lelaki itu datang berjumpa kamu dalam satu keadaan yang dimaksudkan talak mungkin telah berkuatkuasa. Talak tidak memerlukan saksi.
Puan mungkin tidak sedar bahawa semasa akad nikah dulu suami puan telah menanda tangani satu lafaz taklik berbunyi jika dia meninggalkan tuan dalam masa lebih dari 4 bulan dengan tiada memberi nafkah dan berita bermakna talak secara otomatik akan jatuh.
Uruskan perkara ini dengan mahkamah syariah supaya segera diselesaikan, jika berurusan dengan pejabat agama berbagai karenah birokrasi akan menyebabkan urusan memakan masa yang terlalu lama. WA
assalamualaikum
sy skrg didlm dilema.usia prkhwinan sy hmpir 4 thn.sy xnk cerita scara detail tntg suami sy,just sy blh ckp bila dia tgh marh yg tramat sgt,dia akn pukul sy n kdang2 dgn ank skali,ank sy bru umur 3 thn.hruskh sy mntk cerai dgn dia???ini dh dikira keganasan rumah tanggakn????
w'salam
puan berhak mendapat perlindungan dari dizalimi oleh suami. jika keadaan semakin cemas dan diluar kawalan sila buat laporan pada pihak berkuasa, tidak salah untuk keluar sementara menyelamatkan diri dan anak.
Rasululullah saw menegah suami memukul isteri dalam keadaan marah macamana sekali pun. jika isteri engkar syariat paling keras dia boleh mengasingkan diri tidak tidur bersama. pukulan adalah pilihan terakhir dengan pukulan ringan yang tidak sedikit pun menyakit dan mencederakan, hanya sebagai pengajaran. Hukum tentang ini sangat jelas, tidak boleh menyakiti kaum wanita.
Assalamualaikum. Ingin bertanya apakah status seorang isteri yang telah ditinggalkan suami selama setahun lebih, tidak berhubung langsung walaupun menanya khabar apatah lagi balik ke rumah. Telah berkawin selama 7 tahun dan tidak mempunyai anak. Isteri telah bertemu dengan seorang lelaki lain yang ingin memperisterikannya dan mereka merancang untuk berkawin dengan segera. Apa yang isteri perlu lakukan, terimakasih atas segala jawapan dan nasihat.
Assalamualaikum Ustaz..
saya telah berkahwin hampir 6 tahun dan dikurnai dengan 2 cahaya mata. saya merupakan isteri bekerjaya..
Hubungan saya dan suami skrg ibarat 'retak menanti belah' disebabkan pengakuannya pada september lalu mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan keraninya yang juga saya kenali. hubungan mereka sudah berlansung dari tahun 2008 lagi dan mereka banyk melakukan maksiat di pejabat mereka bekerja. maksiat2 yg dilakukan adalah sehingga tahap si kerani ini telah memuaskan nafsu suami saya dengan tangannya, panggilan telefon dan sms berbaur lucah dan bermacam2 lagi. walaupun mereka keduanya mengakui tidak sampai tahap berzina namun bagi saya apa yang dilakukan amat melampaui batas. sehinggakan pada bulan ramadhan mereka sanggup buat maksiat sehingga suami saya mengeluarkan air maninya. saya amat tertekan dan tidak dapat menerima apa yang mereka lakukan. walaupun suami sudah memohon maaf dan berubah (mungkin kerana perempuan itu telah bertunang) tetapi saya tidak dapat menerimanya. saya memang berfikir utk bercerai kerana apa guna seandainya meneruskan perkahwinan ini saya mungkin sudah hilang hormat dan tidak dapat mentaatinya. saya bimbang perkahwinan yang sepatuntya diredhai allah akan mendapat kemurkaan Allah..Saya juga mengakui, saya adalah isteri yang tidak sempurna, namun saya masih tetap menjaga maruah diri sebagai seorang isteri dan muslimah..
salam...saya sudah berkahwin hampir 6 tahun..3 tahun yang lalu saya dapati suami saya telah ada anak luar nikah tapi tidak berkahwin....suami saya tidak sanggup untuk berkahwin pada mulanya dengan wanita itu, tetapi disebabkan terlalu di desak dan diugut bahawa suami saya tidak akan dapat berjumpa anak itu lagi, maka dia telah berkahwin secara 'kampung' iaitu tidak melalui saluran yang betul bagi mengelak dari dia tidak berjumpa dengan anak itu, sekarang wanita itu telah hamil untuk kali kedua lagi...apa yang saya fahami dari isi hati suami saja selepas kami berbincang...tujuan dia berbuat demikian adalah untk saya bagi dia urus perkahwinan dengan syarat yang betul dan dia dapat anak itu...dia inginkan hak penjagaan atas anak tersebut...saya sebenarnya binggung...suami saja seperti hilang puncakah?...ataupun saya yang telah diperbodohkan...?..pada mulanya saya sering dimaki oleh wanita itu...di hina sebab saya tidak dapt mengandung...apabila saya berikan kebenaran untuk suami saya, wanita itu seolah2 takut akan saya mengambil anak itu...dari yang saya faham...cuma dimulut saja dia mau saya berkongsi suami,walhal apa bila saya katakan setelah kamu berkahwin anak itu juga anak saya...dia terus melenting dan ada dia nyatakan kepada saya bahawa dia hanya mau suami saya saja...apa yang harus saya lakukan...
Slm..sy igin brtanye pd ustaz..boleh ke sy mohon fasakh..jika sy n suami dh x komunikasi,jiwa sy selalu trtekn dgn perangai suami..untk pengetahuan ustaz..suami hanye memberikan duit..tp segala2 urusan keluarga sy yg uruskn..dia terus lps tngn..tp sy x kisah klu stkt itu sj..tp dia buat sy mcm tunggul kt umh ni..selalu balik lwt pagi..x brsolat,brjudi,x hiraukn kami lnsung..sy rs hubngan kami ni dh complicated..x arah tujuan..dn dia juga selalu suka brlaku curg ngn sy..pendek kata..mmg sy dh xblh idup dgn dia lg..sy skrg mcm idup sndirian..mcm dh x suami..bile sy nk brbincng..kesudahan nya..kami brtekak..n akhirnya sy yg slalu d prsalahkn..ntah lah ustaz..sy buntu..sy mohon ustaz bg sdkit pndangan agr sy blh mengambil langkah2 yg sepatutnya..sbb sy rs sy dh x blh lg hidup ngn dia..
assalamualaikum.
saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan 2 anak perempuan.saya akui saya agak panas baran tapi tidak ringan tangan.cuma isteri saya mendakwa mulut saya agak pedas apabila berkata2.saya amat sayangkn isteri tapi saya agak kurang dalam bab2 nak menunjukkan kasih sayang.masalah skg ialah, isteri saya suka meminta cerai sejak bulan pertama perkahwinan kami apabila tiap2 kali kami bertengkar.sy ni bukannya suka sgt nak bagi ayat2 pedas, tapi isteri saya mmg tak pernah mahu mengalah ats satu2 perkara yang memang salahnya.dia suka sgt melencongkan makna yg saya nak sampaikan.dan yang terbaru, punca pergaduhan saya adlah isteri sy yg tiba2 diam dan buat xde mulut.sy mengambil langkah selamat dgn berdiam diri dan sambil itu sedikit sbyk menolongnya menguruskan anak2 kecil kami.sampai satu tahap terjadilah satu hal, sy terus menegurnya "awk tu yg buat xde mulut"...terus dia melenting dn salahkan sy yg tidak bertanya walhal sy ni xnakla potong moodnya yg tiba2 jer xde mulut tu.lantas keesokan harinya dia mengemaskan brg nak balik kampung dan minta diceraikan...aduss..minta cerai lagi..sy hny mampu menasihatknnya supaya byk istighfar dn bawak2 bersabar kerana demi anak jgn diikutkn sgt perasaan marah.dia mendesak akan menuntut cerai nnti jika saya degil mahu menceraikannya.isteri sy anak yatim piatu, org miskin serta tiada pekerjaan.tp dia ada ijazah.perasaan sayang sy pdnya sentiasa bersalut dgn kasihan.cuma keadaan selalu tidak membenarkan dia bekerja.dia pernah bekerja di sektor kerajaan tp kami terpaksa berjauhan krn lokasi kerjanya di kampung kami.tp stlh anak sulung kami lahir, adik beradiknya dan pihak keluarga sy spt tdk mahu membantu kami yg dlm kesulitan walhal lokasi kerja isteri sy adlah di kg halamannya.dia terpaksa berhenti dn pindah balik dgn sy.dia menyalahkn sy sentiasa memandang rendah dgn keadaannya walhal sy xpernah ckp pun sesuatu yg merendahkan keadaannya.tp keluarga sy mmg ade ciri2 pandang rendah kpdnya yg mana sy pun perasan.dia slalu mengeluh tiap kali slps balik ke rumah mak saya krn ade saje benda yg mak sy,adik beradik sy,termasukla ipar2 sengaja nak sakitkn hati kami.isteri sy mmg jenis yg x byk mulut.tp keluarga sy mmg byk mulut.sy pula terpaksa samada mahu menyokong atau tidak tiap2 kali isteri sy merepek psl telatah keluarga sy.cuma kbykannya mmg sy setuju sbb sy pun terpalit sama kerana saya bukan anak favorite dn isteri dan anak2 sy otomatik jadi mangsa ketidakpuasan hati mereka lebih2 lagi mak sy.sehingga sy faham faktor2 ni semua memberi tekanan kpd isteri.cuma apabila tiap kali bertengkar, isteri sy akan ungkit dari A-Z...dia mmg ade sifat pendendam kerana tiap kali sy buat silap dan kami bertengkar sepanjang 6 tahun, semuanya akan diungkit dan akhirnya cerai juga yg dituntut.dia meracau dan menggila serta kepalanya terhantuk kepala ank sy yg baru 5 bulan yg sy dukung dn akhirnya sy terpaksa menamparnya semata2 ingin mhentikn kegilaannya.sy pun x tahu kat mana nak akhiri cerita sy ni tapi sy hrp ustaz boleh faham...sy redha jika salah bulat2 ats sy tapi sy cuma mampu bersabar dlm menjadi nakhoda bahtera keluarga sy..mmg malu apabila terpaksa menempuh detik perceraian krn ini melibatkan maruah.org lain boleh bangkitkan berbagai2 persepsi.sy kasihan kan anak2 dn juga dirinya.apa pandangan ustaz?
Salam Ustaz
saya sudah berkahwin 5thn & mempunyai seorang anak.saya sgt tertekan dgn kehidupan saya. Suami menghadapi masalah kewangan sejak awal perkahwinan. Saya rasa seolah2 dijadikan Punching bag dia.bile tensyen saya jd mangsa, bile org kutip hutang call,saya kena marah. Selalu juga dia menyuruh saya keluar pukul 12mlm beli prepaid semata2 nak call supplier dr oversea.at d end saya tetap kena marah
suami sgt jaarang menyentuh saya. kalu dpt sekali sebulan pun alhamdulillah, pernah juga 2-3 bln xbersama. saya faham mgkin terlalu tertekan dgn mslh kewangan hingga hilang nafsu terhadap saya. bukan saya tidak cube ustaz, pernah saya cuba memujuk rayu, memakai pakaian seksi namun saya dimarahi dgn sbb dia terlalu penat, byk mslh utk difikirkan n ckp sy xmemahami dia.kdg2 sy berfikir adakah saya tidak normal kerana terlalu meminta? suami memang sentiasa sibuk, susah utk dibawa berbincang semua dia yg betul..saya cuma mahu disayangi & dihargai.
benar, saya tidak pernah berlapar, kalau saya nak dia pasti sediakan cuma saya sunyi. saya cemburu melihat pasangan lain bahgia berjalan beriringan.saya, setiap hari ada sahaja perkataan dr mulut suami yg menyakitkan hati.
saya sentiasa mendengar bile dia luah masalah dia tp bile saya luah masalah saya at d end sy juga yg salah.
Pernah suami dimasukkan ke hosp krn terlalu byk bekerja.sengaja sy xmembawa laptop mahu dia berehat sepenuhnya dia marah sgt2 sampai tahap mecekik saya malu pd nurse2, lantas memohon utk keluar membawa anak berjalan2. mlm saya demam mgkin trauma tkejut dgn tindakan itu.
saya rs rumahtgga saya tiada mawaddah wa rahmah. dimana kasih syg..dimana cinta. selama ini saya rs segala yg syg lakukan atas dasar tgjwb bukan sbb cinta. utk pgetahuan ustaz, saya berkahwin krn pilihan keluarga, selepas 10 hari berkahwin kami bercerai(krn br tahu dia suami org) namun rujuk semula krn kasihan pd madu yg memujuk kasihanilah anaknya yg akan periksa upsr thn ni. Suami tidak pernah pulang ke rumah isteri pertama namun memberi nafkah wang, rumah.bila saya tegur dia ckp its non of ur biz. Baiklah saya jaga r/tgga saya, namun hati saya tidak bahagia.sudahlah disekat drp bertemu keluarga, saya hidup dlm dunia sendiri. Utk mengatasi kedukaan itu, saya pulang juga ke rumah keluarga tanpa izin suami.saya hanya boleh pulang pd hari2 tertentu n xboleh menjamah masakan ibu.hati saya hiba. saya tahu saya berdosa tp hanya itulah cara yg boleh memberi saya semangat n kebahagiaan.
suami sering marah2 mengeluarkan kata-kata kesat hingga anak kecik sudah pandai meniru.bile suami marah saya dihadapan anak, anak juga sudah mula pandai marah n hilang hormat pd saya
dr sudut lain, suami baik, sume nak dpt, rumah kereta duit, anak minta sume dpt cume kecewa bile dia marah dia ungkit ape yg dia bg pd saya.
Adakah saya pentingkan diri sendiri? Adakah saya kufur nikmat? sudah lama saya bertabah, saban hari perkara same berlaku sudah beberapa kali berbincang tp xbjaya.mertua xmasuk campur & saya xpernah menunjukkan kemurungan dihadapan org ramai. Luaran saya nampak gembira & bahagia..
Maafkan saya atas luahan yg pjg lebar.terima kasih Ustaz krn sudi mbaca & mberi pendapat..
sedikit sambg:
Suami saya sudah lama berpisah tempat tidur dgn alasan bimbang ada org cuba menghantar sihir. Jadi apabila dia perlukan, saya akan ke biliknya apabila selesai dia menyuruh saya pulang ke tpt tidur saya. suami ckp dia suka tido bebas atas katil seorang.dulu semasa anak kecik saya boleh terima alasan itu, kini bile anak sudah besar, masih juga sama.bila saya pergi tido bersamanya, dia suruh saya tidor dgn anak dibilik sebelah.bila saya ajak dia kata nantilah...
saya tiada masalah lain, semua perintah dia saya ikut suruh buat itu ini.bila terlalu lama tidak disentuh, saya hilang ghairah.kemudian dia tuduh saya kena buatan org. saya sedih, kecewa & mdiamkan diri..saya sudah hilang seri..
Alhamdulillah rintihan dlm doa Allah perkenankan. Bertemu ibu angkat yg sudi meminjamkan bahu utk menangis mendengar dgn setia, memberi semangat & doa serta memperkenalkan blog ni...
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya perlukah anak meminta izin setiap kali si ayah membawa pulang makanan atau minuman?
Saya tidak pernah menetapkan syarat sebegitu kerana bagi saya apa yg saya bawa pulang adalah untuk dimakan bersama. Kalau ianya habis sekalipun, saya bersyukur kerana ianya dimakan oleh anak2 sendiri. Bukan ke kita mencari rezeki pun kerana Allah s.w.t demi anak2. Jadi saya rasa tak perlu si anak minta izin setiap kali makanan yg dibawa oleh ibu/ayah mereka.
Dan saya juga berkecil hati apabila kadang2 suami menentukan makanan ape yg boleh dimakan atau tidak.
Kadang2 smpai expired makanan tu, tapi tak dimakan.
askum.....saya sudah berkahwin selama 8 thn dan suami telah bermain dgn wanita lain jg selama 8 thn. dengan wanita yang sama. tp suami mmg x mahu berterus terang mengenai wanita tersebut. sampaikan nama pun x sanggup diberitahu pd saya.dia menyimpan wanita tu seperti menyimpan emas sgt berahsia.kami dah bercerai dan ujuk kembali dan skrg tinggal berjauhan.saya dgn rea ingin memohon pertukaran utk tinggal bersamanya tp tdk di izinkan.dia selalu hilang pd hujung minggu dan sukar dihubungi.dgr cerita mereka dh bertunang tetapi berkahwin blum ada bukti.suami mengaku masih sygkan saya tp dia jg berkata kdg2 mmemang rasa marahkan saya tp tdk tahu mengapa.hati saya hancur berkecai tp sgt sygkan suami saya.tersangat sangat syg.saya ambik keputusan utk bersabr selagi termampu...blh x kwn2 bg pendapat
salam ustaz
saya baru sahaja berkahwin dalam lingkungan 10bulan.setelah berkahwin dan duduk bersama-sama macam hal berlaku..sblm ini kamu berjauhan saya di srwk suami di sabah..suami kerap bercakap perkataan cerai..walaupun ianya bukan lafaz talak..adakah ianya jatuh? suami seorang yang panas baran, apabila dia marah sering di balingnya barang dan di baling ke aarah saya..saya tidak dilayan dengan baik spt seorang isteri..saya kecewa dgn perpindahaan saya mengikut suami..apa yang perlu saya buat ustaz..mmg dia sayangkan saya..tp apabila dia marah buat saya benci dgn dia. dia sering menengking, bercakap perkataan cerai...tolong saya ustaz
Saya menghadapi masalah dimana suami saya membuat hubungan pelajarnya. Yang menyedihkan ialah suami langsung tidak pedulikan saya, isterinya. Saya terasa terpencil dan rasa keseorangan, walaupun dengan kehadiran suami, sebab dia tidak akan berborak langsung dengan saya. Hati saya hancur Dan saya Kerap menangis memikirkan nasib saya. Suami saya berumor 64 dan pelajar itu sebaya dengan anak sulung saya. Saya terasa tersingkir Dan langsung tidak dipedulikan. Mereka Sudah melepasi batasan agama, tetapi saya tidak dapat menasihati suami, disebabkan panas barannya. Hubungan mereka semakin intim dan sering keluar kota. Suami akan mendesak agar saya balik kampung, tengokkan anak2 dan dengan tiadanya saya, mereka akan bercuti ketempat2 peranginan, yang tidak pernah saya pergi. Perbelanjaan percutian spt ini sangat tinggi, termasuk perbelanjaan perjalanan, makan minum, penginapan, dll. Yang pedihnya apabila dia menipu saya yang dia ada convention di satu2 tempt, yang mana letaknya di tempat saya sendiri. Beginilah jadual suami saya selama 2-3 tahun kebelakangnya. Untuk pengetahuan tuan, pelajar ini berasal dari kaum Dusun, Sarawak. Selama hubungan mereka,keintiman mereka seperti suami isteri (foto2 yg saya jumpa) saya risau percutiaan2 spt ini akan memakan belanja yg tinggi, yg sangat diperlukan Oleh anak2 saya.. Saya mohon nasihat tuan.
salam ustaz,bolehkan seorang isteri meminta cerai dari suami atas sebab tiada kerelaan dari setiap segi dn sudut,tiada keihklasan,kasih syg dn cinta dan juga tiada persefahaman...?
ustaz ni hidup lagi ke tak ni?????
ustaz telalu sedih mendengar permasaalahan anda semua...sehinggakan dia tidak dapat menjawabnyer..
saya seorg isteri dan mempunyai seorang anak ?
suami saya seorang yang malas berkerja,suka melepak,suka tak balik rumah atas alasan dia bosan apabila berada di rumah..dan yang paling menyakit kan hati saya dia suka bermain rolet iaitu judi,,sudah banyak kali saya menasihat dia tapi dia tidak pernah dengar..malah dia pukul saya dan juga dia pernah mengacu pisau dekat saya dan juga adik beradik saya..apakah tidak kan yang harus saya lakukan? apakah patut saya menuntut fasakh?
Saya baru menikah. Umur saya 17 tahun. Saya menikah pun tanpa pengetahuan family saya. Dalam pernikahan ini saya tak bahagia. Suami saya tak bekerja dan tak memberi nafkah. Mak mertua saya yang tanggung saya dan suami sekarang. Kalau kami bergaduh je suami saya selalu pukul, tumbuk di bahagian kepala, sepak, terajang semua ada. Kekadang sampai pengsan saya dipukulnya. Apa yang saya harus buat? Family saya jauh dengan saya. Apakah saya boleh meminta cerai? Saya harap sangat ada yg menjawab. Saya dah tak tahu nak cerita and tanya pendapat siapa.
aslmlkm ustaz.. saya seorang suami.. selama perhubungan dengan isteri saya tidak pernah curang dan perhubungan ikatan kami masih baik dan alhamdulillah kami telah dikurniakan anak.. cuma naluri dalam diri saya ada naluri gay.. perlukah isteri tahu yang saya ini seorang gay.
Post a Comment