Mar 26, 2011

Saksi Bagi Lafaz Cerai Talak

Postby anakMINANG04 »
:salam

Moga dirahmati Allah..

Pernikahan dan perceraian adalah antara 2 perkara yg tidak boleh dibuat main2 dan bersungguh2...lafaz pernikahan yg terbit dari wali akan sah dengan didengari oleh 2 org saksi...manakala bg lafaz perceraian tidak diperlukan...dia hanya perlu pada lafaz yg jelas dan niat untuk berpisah...

Keadaan semasa sekarang ini dengan kadar perceraian yg semakin meningkat...bagi mengurangkan kadar tersebut dan memenuhi tujuan perkahwinan dan menjaga maslahah ummah...boleh atau tidak lafaz perceraian juga memerlukan kepada saksi???....

Boleh tak pihak tuan panel memaparkan hujah2 yg pro saksi dan kontra saksi?...dan yg mana arjah??

Sekian, tkasih...:wassalam


********************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur ulama dari kalangan sahabat, tabien dan Imam-Imam Mazhab berpendapat bahawa tidak perlu saksi didalam penceraian, dan dikalangan mereka mengatakan kalau ada saksi sekali pun bukanlah disebabkan kewajipan.

Dikalangan Syiah (Ja’fari) dan beberapa ulama’ seperti Jamaluddin al-Qasimi dan Ahmad Shakir, saksi adalah syarat sah talak. Tanpa saksi, talak tersebut tidak sah. Cuma yang menjadi paradoksnya adalah, Nikah Mut’ah di kalangan Syiah tidak memerlukan saksi apabila sesuatu kontrak itu berakhir!

Firman Allah swt :-

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata” [surah al-Talak : 2].

Pentafsiran ayat al-Quran ini yang telah memperlihatkan Ahmad Shakir dll mengatakan Talak memerlukan saksi. Jumhur ulama’ memahami ayat ini menjelaskan kepada perbuatan rujuk.

Al-Qurthubi berkata, “Firman Allah swt: ...dan persaksikanlah ...memerintahkan kepada kita untuk mendatangkan saksi semasa talak. Ada pula yang berpendapat bahwa harus mendatangkan saksi semasa rujuk. Yang jelas, keharusan persaksian itu adalah dalam rujuk, tidak dalam talak. Kemudian, persaksian itu hukumnya mandub (sunah) menurut Abu Hanifah, seperti firman Allah swt, sebagaimana persaksian melakukan jual beli. " Sedangkan menurut Imam Syafie, persaksian itu wajib dalam rujuk.

Didalam satu laporan di Arab Saudi, suami telah menceraikan isteri tanpa saksi, dan mereka telah pergi kepada syiekh untuk bertanya. Sheikh tadi menyuruh pasangan tersebut membawa 2 orang saksi yang menyaksikan suaminya melafazkan talak. Jika tidak, talak tersebut terbatal kata syeikh. Implikasi yang lebih besar akan berlaku akibat dari ini:

a. si suami boleh menceraikan isterinya berkali2 disebabkan tanpa saksi talak tersebut tidak sah. Dengan senang sekali si-suami boleh bermain-main dengan lafaz talak ini.

b. Talak dan rujuk ditangan suami. Jika saksi menjadi penentu kepada sebuah penceraian, maka hilanglah hak si-suami itu untuk menentukan masa depannya yang kemungkinan rumahtangganya sudah runtuh.

c. Bagi isteri yang dehaka, sudah tentu sukar untuk suami menceraikannya tanpa saksi. Bayangkan jika si-suami terpaksa menceraikan isterinya akibat tidak dapat memberi nafkah batin, sudah tentu dengan adanya saksi, keadaan itu memalukan beliau.

Hukum talak adalah HARUS, akan tetapi hukumnya berubah-ubah. Ia akan menjadi WAJIB apabila rumahtangga tersebut tidak dapat diselamatkan dengan keputusan hakim Mahkamah Syariah ataupun suami sudah bersumpah menceraikan isterinya. Ia menjadi HARAM jika suami mencerikan isteri didalam haid atau ketika telah suci tetapi baru disetubuhi. Ia akan menjadi SUNAT jika suami tidak dapat menunaikan nafkah batin dan menjadi MAKRUH jika menceraikan isteri tanpa sebab.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan sah talak tanpa saksi, dan jika didatangkan saksi, ia bukanlah satu kewajipan. Persoalan seperti ini tidak mungkin ulama’ salaf melihat dari satu aspek sahaja, tanpa melihat perpektif yang lebih luas. Lihat sahaja agama Kristian, pasangan suami-isteri tidak dibenarkan bercerai, tetapi realitinya, banyak sekali penceraian walaupun agama Kristian tidak mengizinkan penceraian. Imam Mazhab lebih teliti dalam melihat hukum perceraian ini dalam menafsirkan ayat al-Quran. WA.

Sekian, wassalam

36 comments:

Nazmin said...

Saya berumur 25 tahun masih bujang manakala perempuan yang saya kenali berumur 34 sudah berkahwin kali kedua dan memiliki 2 orang anak atau saya namakannya A. 5 tahun usia perkahwinan A dengan suami pilihan keluarga. Tahun ke 5, A ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan mengandung.Selama setahun A diamkan diri dari memberitahu masalah kepada keluarga sehinggalah suaminya ditangkap basah dan bercerai. A gugurkan anak yang belum cukup usia 4 bulan kerana tak nak lahirkan anak dari bapa yang tidak bertangguugjawab. Dengan bantuan lelaki tempat kerja atau saya namakan B, kandungan ini dibuang. B gunakan kesempatan ini dan selalu mengugut A dan ingin tinggal bersama di rumah A. Nak tak nak A jadi tersepit kerana kandungan yang digugurkan tiada siapa yang tahu dan tahu B telah menolongnya. Mereka tinggal bersama selama 2 tahun dan telah terlanjur. B pula adalah duda anak satu. Selepas 2 tahun tinggal bersama, A berkahwin atas permintaan B dan desakan keluarga setelah hubungan mereka diketahui keluarga. Mereka memiliki 2 orang anak. B pula seorang yang tidak bertanggungjawab dan dalam masa sama memasang perempuan lain. A yang sentiasa stress dan memang banyak bersabar dengan kelakuan suaminya telah mengenali dan berzina dengan lelaki yang lebih muda darinya. Selepas putus dari lelaki yang muda ini, A mengenali saya. Saya telah terlanjur dengan 3 orang perempuan sebelum ni. Lama kelamaan saya dan A menjadi sayang dan kami telah banyak kali terlanjur walaupun A masih lagi bersuami. Suaminya enggan lepaskan kerana banyak kemewahan,kemudahan,kepuasan seks yang didapati dari A. A telah meminta cerai berkali kali kerana sikap suaminya. B pula telah menyekat segala kewangan A dan berharap dengan itu A akan kembali padanya. Masalah sekarang, saya dan A masing2 telah terlanjur dan masing2 memasang cita2 untuk berkahwin. Saya pula masih tidak dapat menerima sepenuhnya perbuatan lamanya yang berzina dengan B dan lelaki muda itu dan A tahu saya telah berzina dengan 3 orang perempuan sebelumnya. Walaupun saya sayang, kadang2 saya tidak dapat menerima sejarah silam A walaupun A dapat menerima sejarah silam saya dan itu membuatkan kami selalu berselisih pendapat. Pada pendapat tuan/puan. Elokkah saya menunggu A diceraikan suaminya barulah memikirkan masa depan kami kerana kami masing2 terlanjuR dan kadang2 saya was2 dapat menjaga 2 orang anaknya lagi.

maisya said...

Assalamualaikum.... Saya nak tanya... Jatuhkah talak jika suami sy cakap "jandalah engkau mulai esok.." saya keliru... Sbb kata suami sy die bOle tarik blk ape yg dickp bila-bila masa selagi esok hari belum tiba selagi itu talak belum jatuh dan die bole tarik blk ape yg dicakap... Kami dah berbaik semula tp saya masih ragu2 benar ke ape yg suami saya ckp dan adakah ayat yg disebut suami sy bole di jatuhkn talak?

Admin said...

nauzubillah semoga kita dijauhkan Allah dari melakukan perkara sebegini...

kamu masih bujang sementara si A sudah dua kali menjanda, adakah kamu yakin kamu akan berlaku adil terhadap dia pada masa akan datang jika kamu kahwini si A... memasing kamu telah melakukan maksiat zina...

Carilah pasangan yang lain yang lebih sesuai, sebelum itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, jangan ulangi kesalahan itu, perbanyakkan amalan sunat dan banyakkan menderma kepada fakir miskin Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah maha pengampun...

seorang wanita perlu dilindungi oleh lelaki, jangan zalimi dia, kamu akan diburu dosa hingga ke akhir hayat... WA

Admin said...

W'salam maisha,

ucapan sebegitu bukan lafaz talak, talak belum jatuh, lafaz talak mesti disertai dengan niat.

Perlu diingat lafaz talak tidak boleh dibatalkan dan ditarik balik, jika berlaku uruskan mengikut hukum rujuk semula. WA

hamba Allah said...

Salam...sya dalam proses brcerai,ble ke sya mlansungkn pertunangan

Admin said...

selesaikan urusan perceraian sehingga tampat tempoh iddah.

tempoh iddah kadar 3 kali haid (alBaqarah 228)

rujuk http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/rahsia-di-sebalik-iddah.html.

Anonymous said...

salam..sy bertengkar dgn suami disebabkan dia menipu sedangkan bukti sudah ada dia masih tidak mengaku dan melenting lalu mengatakan "aku bg tempoh 7hr je aku nk aku blik ni kau dn adik kau dh xde kt umh,kau bungkus smua brg2 kau blik kg,klau kau nak g pjbt agama pn xpe"
soalan sy. Apakah itu talak dn jatuhkan ia jika talak?

Anonymous said...

saya

Anonymous said...

seorang wanita telah bekahwin tetapi dia mempunyai teman lelaki lain, dgn kata lain curang pada suaminya...mereka telah terlanjur beberapa kali. apakah status pkahwinan wanita itu? Sekiranya lahir anak dr hasil hubungan dgn kekasihnya, bgaimanakah status anak itu? wajibkah suaminya mceraikan wanita itu?

Anonymous said...

salam.sy telah bergaduh dgn suami n suami tlh bercakap :aku ceraikan kau dgn talak satu".
dan kemudian dia menyesal n berbaik semula dgn saya.dan mlm itu kami tlh tido bersama.adakah sah lafaz itu?bgaimana mahu rujuk semula?blhkah kami tinggal sebumbung?

bunga cinta said...

apakah hukum cerai talak seribu berbunyi seperti ini... "abang ceraikan sayang dengan talak seribu".. si suami baru memeluk islam dan tidak faham dengan erti talak sebenar.. tiada saksi semasa itu... saya amat ragu dan tertekan dengan status saya sekarang... saya bertindak berdiam diri kerana takut menjadi ibu tunggal..

Anonymous said...

salam. suami sy seorng mualaf. banyak perkara ttg islam masih kabur pdnya. ada ketika kalau bergaduh dan saya sangat tertekan, saya akan kata " kalau da tak suka cerai je, jangan seksa hati saya". dia tak pernah kata nak berpisah dengan saya. padanya hidup sampai mati saya la isterinya. saya juga akui saya sayang dan tak mungkin dapat hidup tanpa dirinya. kami tak lengkap kalau kami berpisah. pada satu hari, akibat satu masalah, saya mengamuk n dia kata "takpe la, awak tak nak saya kan, takpela suka hati awak la, kita pisah, kalau awk nak ceraikan saya pun takpe". bila saya tanya dia faham atau tidak ayatnya, dia faham tapi tiada niat langsung untuk bercerai. apa yang perlu saya lakukan? tertalaq kah saya? terus-terang kami memang selalu bergaduh tetapi tidak terniat untuk berpisah.

amer said...

nak tanya jatuh ke talak jika..si suami bergurau dengan rakannya..ko dh cerai ke? suami menjawab dengan menyindir pada kawannya balik dengan nada bergurau ha'ah dengan talak negatif 3(dengan maksudnya tidak mungkin bercerai)..mcm ne admin?

Anonymous said...

suami menjatuhkan talak satu dalam keadaan mabuk..adakah talak sah?

Anonymous said...

as salam
saya nk tanya adakah jatuh talak sekiranya lafaz aku putuskan kau dengan talak 1 tanpa niat untuk becerai kerana ketika itu kami sedang bergurau senda...

Unknown said...

assalammualaikum,
saya sedang hamil 8bulan dan saya ada berselisih faham dgn suami.suami saya ada pernah terlepas melafas kan cerai..tetapi dia meminta maaf dan berkata tak berniat untuk melafas kan cerai tersebut.ada kah jatuh talak terhadap saya?dan apa yg harus saya lakukan?..

Unknown said...

assalammualaikum,
saya sedang hamil 8bulan dan saya ada berselisih faham dgn suami.suami saya ada pernah terlepas melafas kan cerai..tetapi dia meminta maaf dan berkata tak berniat untuk melafas kan cerai tersebut.ada kah jatuh talak terhadap saya?dan apa yg harus saya lakukan?..

Anonymous said...

salam..sy juge mempunyai msalah yg sme dgn mslh yg bertarikh 12 april 12..blh tlg bg jwpn x...

Admin said...

Talak mesti dilafazkan dengan NIAT, jangan jadikan talak sebagai bahan gurauan... bahaya... kerana talak jatuh tidak memerlukan saksi.

Perlu dijelaskan kita di Malaysia tidak dibenarkan melafazkan talak diluar mahkamah atau pejabat agama Islam pihak berkuasa. Talak yang dilafazkan diluar mahkamah akan dikenakan bayaran denda. harap maklum... uruskan dengan pejabat agama berhampiran

dayah said...

assalammualaikum,saya rungsing... Sy dan suami bselisih paham,dan slepas itu dia sudah mlafazkan cerai beberapa hari yg lalu.. Bbunyi:aku ceraikan ko,ko blik umah mak ko.. Dgn bsaksikn adik ipar dan mak mertua sy.. Tetapi Dia mahu rujuk smula,apabila mak mertua sy memujuk dia utk rujuk.. Ape perlu sy buat? Perlu kah sy mlaporkn ke pjbt agama?mohon balas ye.. Sy rungsing..

Anonymous said...

Salam...
saya ingin bertanya pada ustaz... suami sy melakukan kesalahan dan saya telah memaafkannya dengan satu syarat, sekiranya dia mengulangi semula, maka jatuhlah talak antara kami... dan suami saya menjawab "YA" sahaja.. adakah sah talak itu? Mohon batuan ustaz.. Terima kasih..

Admin said...

menjatuhkan talak itu hak suami bukan isterinya yang menentukan. jika suami melakukan kesalahan dan menzalimi isterinya, isteri ada hak untuk menuntut cerai melalui beberapa cara dalam penerangan yang lain pula. sila cari dan rujuk pada pos-pos yang telah disedikan... WA

Anonymous said...

salam. saya telah melakukan zina, belah perempuan paksa saya bernikah. belah saya tidak mahu. setelah berbincang, saya akan bernikah tapi tanpa rela.. dan berniat akan menceraikan dia nanti.. adakah masa mengandung saya boleh ceraikan dia?

Admin said...

kenapa harus ceraikan isteri anda? pujuk dan didik hati anda untuk terus hidup bahagia seterusnya. Pintu keampunan Allah sentiasa terbuka. boleh menceraikan isteri ketika mengandung tetapi itu adalah tindakan zalim kerana memanjangkan tempoh iddah. tempoh iddah adalah selepas bersalin.

Miss Erda / Miss Asia said...

assalamualaikum,satu hari suami saya telah balik ke rumah selepas selesai menghidu gam.kami bertengkar dan dier kata 'aku taknak hidupdengan kau' sebanyak dua kali.adakah jatuh talak sebab dier kater cuma geram dan tiada niat menceraikan saya dan dier kater kepalanya serabut akibat gam. bolehkah dier dikategorikan sebagai tidak siuman. bila bercakap asik kata rimas, pening kepala sambil nada gerammengaru2kan kepala.

Miss Erda / Miss Asia said...

//

Anonymous said...

sya suda berpisah ngan suami dekat dua tahun.dia pun sudah lafazkan talak 1 depan mak sya...tp kami blum p mahkamah untuk uruskan penceraian...skrg suami sya 2 nak rujuk balik ngan sya tp sya dah x dpt bersama dia..berdosa ka sya sbb enggan rujuk balik ngan dia?????

Anonymous said...

Sy gadoh gan istri sy dn sy barkata selagi kau tak mintak maaf kat aku dan keluar rumh ni tanpa izin aku talak la kau tanpa niat cma nk menakot kan istri sy sbb dia trlalu ego mintak tolong sy ragu

Anis said...

Asslam..
Sye bergaduh ngn suami sye.
Dan sye minta cerai dari die..die pon gtau kalau sye ulang perkataan cerai sekali lg..
Jatuh talak 3..
Mcm mana skrang ni..
Sye dh ulang suh ceraikan sye..
Adekah talak dh jatuh..2

Anis said...

Asslam..
Sye bergaduh ngn suami sye.
Dan sye minta cerai dari die..die pon gtau kalau sye ulang perkataan cerai sekali lg..
Jatuh talak 3..
Mcm mana skrang ni..
Sye dh ulang suh ceraikan sye..
Adekah talak dh jatuh..2

Anis said...

Asslam..
Sye bergaduh ngn suami sye.
Dan sye minta cerai dari die..die pon gtau kalau sye ulang perkataan cerai sekali lg..
Jatuh talak 3..
Mcm mana skrang ni..
Sye dh ulang suh ceraikan sye..
Adekah talak dh jatuh..2

Unknown said...

Salam . Saya nak bertanya adakaha talak jatuh bila si suami berkata berkata aku ceraikan kau atau aku lepaskan kau . Adakah talak sudah jatuh . Mohon

Anonymous said...

kalau suami isteri bergaduh...kemudian suami lafazkan ayat yg tak lengkap begini...."AKU CERRR"...dan dia terus beristighfar...adakah talak tersebut jatuh? mohon jawapan...

Anonymous said...

as salam...bolehkah suami menceraikan isteri dalam tempoh eddah

Hunny Zainuddin said...

Salam ustaz..saya ingin bertanya..semasa pertengkaran bersama suami atas sebab sy curiga dia ada perempuan lain, saya telah menyatakan padanya kalau tidak suka lepaskan saya. Dengan tegasnya dia menyatakan dia tiada perempuan lain dan tidak akan menceraikan saya. Walaubagaimanapum saya tetap beritahu bahawa saya tidak percaya. Dia terus memujuk saya tetapi akibat kekerasan saya dia menyatakan " tidur dulu, esok pagi abg ceraikan syg". Soalan saya adakah jatuh talak?

Hunny Zainuddin said...

Salam ustaz..saya ingin bertanya..semasa pertengkaran bersama suami atas sebab sy curiga dia ada perempuan lain, saya telah menyatakan padanya kalau tidak suka lepaskan saya. Dengan tegasnya dia menyatakan dia tiada perempuan lain dan tidak akan menceraikan saya. Walaubagaimanapum saya tetap beritahu bahawa saya tidak percaya. Dia terus memujuk saya tetapi akibat kekerasan saya dia menyatakan " tidur dulu, esok pagi abg ceraikan syg". Soalan saya adakah jatuh talak?

Post a Comment