Dec 23, 2008

Aurat Wanita Di Hadapan Ipar

Assalamu'alaikum,

Soalan saya:

1.Aurat seorang wanita yg belum kahwin dihadapan abang iparnya(suami kakaknya).

2.Aurat seorang wanita yang sudah berkahwin dihadapan adik iparnya(adik suaminya).

Kesemua itu apabila wanita tersebut berada didalam rumah.
Terima kasih.

Terasa rindu pula nak dengar jawapan dari Tok Syeikh Pendekar :)

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara fundamentalis . Alangkah malangnya kerana saudara mengkhususkan soalan tersebut untuk saya jawab sehingga lambat saya menjawabnya ( kerana kesibukan tugas, sakit dan menyiapkan jawapan SJ lain ) . Kalau saudara tidak mengkhususkan soalan itu untuk saya , sudah tentu al-Fadhil Ustaz thtl akan menjawabnya dengan segera .

Itulah kelebihan al-Fadhil Ust thtl kita , beliau mampu menjawab dengan cepat dan padat , berbanding dengan saya yang menjawab dengan lambat dan bertangguh-tangguh . :bash

Bukan itu sahaja , kalau saudara rajin meninjau-ninjau semula ke dalam [b] ARKIB SOAL-JAWAB YANG LEPAS sudah tentu saudara tidak perlu menunggu-nunggu jawapan drp saya . Bukankah penantian itu memang menyiksakan ? . [/b] :p

‘Ala kulli hal ( walau bagai mana sekalipun ) saya akan menjawab soalan saudara di atas .

[color=blue] Situasi 1 & 2 itu sebenarnya tiada bezanya , yang penting ditinjau di sini ialah Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . [/color]

[color=blue] Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk “ MEMANDANG SECARA LAIN MACAM “ ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai “ makna jahat “ !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) . [/color]

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

[color=blue] Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang “ TERLAJAK “ dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa “ Ipar-duai itu adalah MAUT “ iaitu , “ hubungan sumbang “ dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : [/color]

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

[color=blue] Ertinya : Drp Saidina ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( “ Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita “ )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : “ Bagaimana pula dengan ipar-duai ? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT “ )) . [/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie’ as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita sentiasa drp revolusi seks moden yang penuh dengan kegilaan dan kebobrokan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

2 comments:

♥ امّ ضحى ♥ said...

Salam. Ilmu yang berguna bagi panduan gadis yang mempunyai Ipar.
Saya share page ini, ya.

Unknown said...

Asalamualaikum boleh tak buka aurat atau buka baju depan kakak ipar

Post a Comment