Dec 22, 2008

Bertunang Menurut Islam

Assalamu'alaikum,
1. Bagaimanakah kedudukan bertunang didalam Islam?Adakah terdapat dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah tentang hukum melamar? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut.
2.Berkenaan dgn Surah An-Nur ayat 60, saya minta ustaz jelaskan menurut pemikiran Islam tentang kedudukan aurat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.
3.Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Syawal kepada Ustaz berdua dan seluruh pengunjung Al-Ahkam. Jika terdapat salah dan silap,saya memohon maaf. Terima Kasih.

Jawab:

1. Bertunang adalah adat resam manusia yg diendorse (perakui) oleh Islam. Bertunang ini sudah ada dalam adat resam Arab sebelum Islam lagi. Ini dapat dikesan dalam sya'ir2 Arab klasik. Dalil hadis adalah banyak, antaranya:

2. HR Ahmad, Ibn Majah, alHakim, alBaihaqee dan Abu Daud:" apabila Allah telah menggerakkan hati seseorang lelaki utk meminang seorang wanita, tidak salahnya kalau dia melihat wanita itu."

3. HR alHakim: Ketika RasuluLlah saw hendak melamar wanita, baginda mengutus Ummu Sulaim dan berpesan," lihatlah urat2 betisnya dan ciumlah dekat mulutnya."

4. HR Ahmad dan Abu Daud, dari Jabir ra," apabila di antara kamu meminang wanita, jika ia dapat melihat apa yg menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu."

5. HR Bukhari dari Ibn Umar ra," janganlah seorang lelaki meminang wanita yg telah dipinang oleh saudaranya.."

Adat Melayu kita mempunyai empat tahap sebelum majlis pertunangan:

a. Meninjau
b. merasi
c. Melamar
d. pertunangan (Ruj: Dr Amran Kasimin, Istiadat Perkahwinan Melayu, DBP, 1995)
Rumusan: adat meminang ini asalnya dari uruf (budaya) tapi disahkan oleh Islam. (Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul Aris)

6. Ayat 60: surah anNuur ialah mengenai aurat wanita tua yg putus haidh (menopause), maka mengikut jumhur dia dibenarkan membuka jilbab tapi terus memakainya lebih terpuji (tafsir asySyabuni, tafsir ayatu Ahkam), sudah dijelaskan sebelum ini (sila browse archive Ahkam)

7. Kami juga mengucapkan Id mubarak kepada anda. Teruskan bersama melayari Ahkam untuk perkembangan fiqh al mu'asir (fiqh kontemporari) WA

0 comments:

Post a Comment