Dec 23, 2008

Dihalang Berkahwin Kerana Masih Belajar

Salam

saya ada seorang kawan yg merasakan dirinya WAJIB utk kahwin kerana takut terlanjur melakukan maksiat, tetapi kedua ibubapa mereka tidak membenarkannya (DGN SERIUS) krn mereka masih belajar..ibubapa mereka hanya akan membenarkan mereka kahwin apabila habis belajar..persoalannya:
1. apakah yg harus dilakukan utk meyakinkan ibubpa mereka bahawa mereka ingin berkahwin krn ingin elak maksiat& krn terasa wajib keatas mereka utk kahwin (krn mereka sudah pandai keluar berdua-duaan dan berpegang2 tangan) apakah dalil yg patut dikemukakan??

2. jika mereka tidak berjaya juga memujuk ibubapa mereka, bolehkah mereka berkahwin tanpa pengetahuan ibubapa mereka dgn m'gunakan wali hakim dan merahsiakan perkahwinan mereka sepanjang tempoh mereka masih belajar (utk semata2 m'halalkan perhubungan mereka)?

3. bolehkah si lelaki melakukan akad nikah buat kali kedua keatas wanita yg sama??

harap ustaz dpt memberi jawapan yg jelas dan lengkap utk menolong hamba Allah yg dlm kebingungan ini..

jasa baik ustaz amatlah dihargai.. Wassalam


Wassalam

Jawab:

1. Kita tidak pasti ditahap mana pembelajaran pasangan ini: Kolej, Degree pertama, Masters, IPTA/IPTS tempatan atau oversea. Status WAJIB kahwin di sisi syara' ialah pasangan itu dapat memenuhi segala kos perbelanjaan kahwin dan mampu pula menyarai diri, keluarga (yg bakal dibina) dan membiayai pembelajaran. Jika pembelajaran pun ditanggung keluarga atau kos sara hidup pun ditanggung keluarga, maka status wajib itu dipertikaikan.
Budaya berani berpegang-tangan dan sering keluar berdua-duaan adalah suatu yg tidak dapat diterima syara' dan pasangan ini sukar menerima penyelesaian Islami.

2. Memang boleh dan ramai orang yg melakukan. cara yg pantas yg dilakukan ialah cross the border (atau menyeberangi sempadan) atau sendikit nikah segera. Aduhai, Apalah yg mampu kami nak selesaikan, (biasanya) pasangan remaja selalunya darah mereka panas dan sukar menerima realiti. Bila sudah mabuk cinta..yg mereka nampak ialah jinjang pelamin saja.

3. Boleh dan biasa juga dilakukan (biasanya bila ada keraguan pada prosedur pernikahan rahsia itu, maka pendaftar nikah tempatan akan menikahkan sekali lagi. Cuma nasihat kami, kesulitan dan aib keluarga mungkin terlalu berat bagi bahu memikulnya. WA

0 comments:

Post a Comment