salamm~
1-apakah hukum wanita memasuki musabaqah Al-quran?
2- hukum apakah memasuki panggung wayang ?
itu ajerk .. terima kasih ..
Wassalam
1. Musabaqah alQur:an itu suatu pertandingan Bid'ah dalam agama. Ini kerana tilawah alQur'an itu Ibadah dan tidak ada pertandingan dalam Ibadah. Pertandingan yg dibenarkan dalam Ibadah ialah perlumbaan dalam bentuk memperbanyakkan dan memperbaiki amal ibadah secara individu dan dilakukan secara rahsia. Misalnya si B cemburu melihat si A berjaya khatam alQur:an setiap bulan. Dia berjaya mengatasi si A bila khatam alQur'an setiap dua minggu. Fatwa Lajnah Daaimah lil Buhuth alIlmiyah wal Ifta' KSA, Jld 2/118 dan Fatwa Syaikh Bakar AbduLlah Abu Zayd, Bida' alQurra'. Jika Musabaqah tilawah ini Bid'ah, maka mana-mana lelaki dan wanita yg menyertainya di hukum tertolak dan ahli bid'ah. Dalilnya: " Barangsiapa yg mengadakan sesuatu amalan yg baru yg tidak ada asal dari kami, ianya tertolak. (Bukhari-Muslim dari Jabir ra) WA
2. Hukum memasuki panggung wayang adalah Harus. Yang menjadikan ia haram ialah apa yg akan ditonton di dalamnya. Jika masuk pula dgn girlfriend dan meninggalkan waktu solat, bertambahlah haramnya. (Qardhawi, Bayyinal alHal alIslami, Maktabah Wahbah, ms 210) WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment