Dec 23, 2008

Melihat Aurat Wanita

بسم اللة الرحمن الرحيم
Salam
1)Apakah hukum jika kita tertengok aurat wanita?

2)Apakah hukumnya jika kita terpaksa melihat aurat wanita seperti di sekolah oleh kerana mereka tidak memakai tudung?

Wassalam

Jawab:

1. Hukum TER tengok awray wanita.
Apa saja yg ter itu adalah dima'afkan

Dalil:
HR Imam Ahmad dari Ali ra," Wahai Ali, janganlah disusuli satu pandangan dgn pandangan yg berikutnya, kerana pandangan pertama itu dibolehkan, manakala pandangan seterusnya ditegah." (Status Hasan oleh Albani, alHijab alMar'ah/ms 34)

2. Guru terpaksa melihat aurat pelajar perempuan di sekolah.
Dalam istilah hari ini dinamakan rukun2 Komunikasi ialah eye contact (memandang kpd objek yg dikomunikasikan) Pandangan2 spt ini menurut Prof alQardhawi (malameh alMujtama' alIslami) ialah yg tidak dapat dielakkan. Bila ia suatu realiti yg kita tidak dapat elak, jatuhlah hukum dharurat kepada kita. Dalilnya: HR Ibn Majah dari Ibn Abbas (dikecualikan dari umatku dalam keadaan kesalahan, kelupaan dan keterpaksaan." hasan menurut Syuyuti dan jayyid menurut alManawi. WA

0 comments:

Post a Comment