Dec 22, 2008

Wanita Menari Di Khalayak Ramai

Salam

Boleh tolong jelaskan isu wanita menari(joget) di khalayak ramai?
Wassalam

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Ytt . Isu Wanita Menari Di Khalayak Ramai tu yang mana satu ? . Topik ini terlalu luas . Minta tolong dispesifikkan ( dikhususkan ) permasalahan yang dikehendaki . Kalau terlalu luas , saya kira lebih baik kita cari permasalahannya di dalam buku-buku sahaja .

Tetapi secara ringkasnya yang dapat saya berikan jawapannya sekarang ialah :

Tidak ada satu dalil pun dan tidak ada satu undang-undang pun yang menyatakan bahawa kalau seseorang wanita itu mahu dianggap maju , up to date dan bertamaddun maka wanita itu mestilah reti menari dan berjoget di khalayak ramai ! .

Sebagai mana tidak ada juga mana-mana dalil drp agama kita yang suci-murni ini ataupun mana-mana peraturan duniawi yang menyebut bahawa jika seseorang wanita itu akan benar-benar menjadi maju dan bertamadun apabila berpakaian tidak menutup aurat ataupun berpakaian seksi seperti manusia di zaman batu dan seperti flinstone .

Saya kira tidak ada seorang suami / bapa / abang yang benar-benar cinta dan cemburu ( dan ini bukanlah cemburu buta-tuli ) yang sanggup membiarkan isterinya / anak perempuannya / adik perempuannya " terhincut-hincut " di khalayak ramai . Kalau ada , sudah tentu itu adalah golongan yang begitu dayus . Dan orang yang dayus sudah tentu tidak akan masuk syurga ! .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment