Jan 21, 2009

Hantaran Dan Mas Kawin

Salam
Saya ada 3 kemusykilan mengenai wang hantaran. Pertama, apakah perbezaan antara wang hantaran dan mas kahwin? Kedua, wang hantaran yang diberikan adalah hak pengantin perempuan atau hak keluarganya? Ketiga, bolehkah wang hantaran yang diberikan kepada pangantin perempun digunakan untuk belanja kenduri kahwin? Sekian, terima kasih. Wassalam

***************
Wassalam

Jawab:

1. Wang Hantaran dan Maskawin
Keduanya sama saja bahkan banyak lagi istilah yg semuanya bermaksud Mahar atau Pemberian Wajib dari bakal suami kpd bakal isteri atas sebab perkahwinan.
Maskahwin ialah kadar mahar yg ditetapkan oleh Majlis/Pentadbir/Pihak Berwajib
Wang Hantaran ialah Mahar Mitsl yg bermaksud pemberian yg setaraf dgn kedudukan atau status perempuan itu (pelajaran/keturunan dan rupaparasnya) (lihat Prof Dr Haron Din, Fasakh anNikah, Percetakan Watan, KL, 105)

2. Wang hantara yg difahami sebagai mahar adalah milik pengantin perempuan (alImam alMawdoodi, Huquq alZawjayn, cet. Jeddah/33)

3. Boleh, jika perempuan itu redha. (ibid) WA

8 comments:

Anonymous said...

salam,
saya ada kemuskilan.. kadar mas kahwin telah di tetapkn, contohnya sarawak RM120. Persoalan saya sekiranya pihak lelaki memberi nilai mas kahwin lebih dari kadar yg d tetapkan dalam RM240... ada salah dari segi hukumnya..?

Admin said...

w'salam
tidak salah jika pihak lelaki yang sukarela memberinya melebihi apa yang ditetapkan oleh pengauasa.

Wang mahar ini adalah hak mutlak isteri dia, dia tidak boleh minta share sama.

maxx daisuki said...

admin? sya nak tanyalah apakah hukum kalau mas kawin adalah daripada pemberian ibu bapa kepada anak atas sebab anak itu tidak mampu?atau memang wajib mas kawin daripada anak itu sendiri?

ash said...

Wang antaran tidak ada dalam islam.wang antaran adalah secara budaya melayu bukan secara islam.yang wajib adalah mas kawin.jangan samakan budaya dengan agama.wang anataran tidak dinyatakan di hadis mana mana saje.

adakah boleh suami menuntut kembali wang hantaran jika penceraian berlaku?

Unknown said...

SALAM...SAYA INGIN MENAYAKAN 1 SOALAN BERKAITAN WANG BELANJA PERKAHWINAN YG DITUNTUT SEMULA OLH SUAMI SEBAGAI SYARAT BAGI MENJATUHKAN TALAK KEATAS SI ISTRI???ADAKAH DIBOLEHKAN SISUAMI BERBUAT DEMIKIAN..TERIMA KASIH

Post a Comment