Jan 21, 2009

Lelaki Dayus

Salam
Saya ada sedikit kekeliruan mengenai dayus, adakah lelaki yang membiarkan isteri dan anak-anaknya membuka aurat termasuk di dalam golongan lelaki dayus dan apakah boleh dayus dikaitkan dengan fasik.

Minta tolong ustaz2 huraikan serba sedikit

terima kasih..

Wassalam

***********
Salam

الدّيّوثmengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kpd lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka.

Pendayuth akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kpd kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir)


‏ ‏حدثنا ‏ ‏يعقوب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبي ‏ ‏عن ‏ ‏الوليد بن كثير ‏ ‏عن ‏ ‏قطن بن وهب بن عويمر بن الأجدع ‏ ‏عمن ‏ ‏حدثه عن ‏ ‏سالم بن عبد الله بن عمر ‏ ‏أنه سمعه يقول حدثني ‏ ‏عبد الله بن عمر ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏ثلاثة قد حرم الله تبارك وتعالى عليهم الجنة مدمن الخمر ‏ ‏والعاق ‏‏ والديوث ‏ ‏الذي ‏ ‏يقر ‏ ‏في أهله ‏ ‏الخبث ‏

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kpd ibubapa dan pendayuth yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)


‏حدثنا ‏ ‏يعقوب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عاصم بن محمد يعني ابن زيد بن عبد الله بن عمر بن الخطاب ‏ ‏عن ‏ ‏أخيه ‏ ‏عمر بن محمد ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن يسار ‏ ‏مولى ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال ‏ ‏أشهد لقد سمعت ‏ ‏سالما ‏ ‏يقول قال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏رضي الله عنه ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثلاث لا يدخلون الجنة ولا ينظر الله إليهم يوم القيامة ‏ ‏العاق ‏ ‏والديه والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال ‏‏ والديوث ‏ ‏وثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة ‏ ‏العاق ‏ ‏والديه والمدمن الخمر ‏ ‏والمنان ‏ ‏بما أعطى

Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: “3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayuth ...”(Hadith riwayat Imam Ahmad)


‏أخبرنا ‏ ‏عمرو بن علي ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏يزيد بن زريع ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏عمر بن محمد ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن يسار ‏ ‏عن ‏ ‏سالم بن عبد الله ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة العاق لوالديه والمرأة المترجلة ‏ ‏والديوث ‏ ‏وثلاثة لا يدخلون الجنة العاق لوالديه والمدمن على الخمر ‏ ‏والمنان ‏ ‏بما أعطى

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayuth…”(Hadith riwayat An-Nasa’ie)


شرح سنن النسائي للسندي
‏ والديوث
وهو الذي لا غيرة له على أهله

Syarh Sunan An-nasa’ie:
Dayuth itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan cemburu) terhadap ahli keluarganya

Rujukan:
1. شرح سنن النسائي للسندي
2. Kitabul Kaba'ir, Az-Zahabi
_________________
Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed. Begitulah hadith-hadith yang dikemukan oleh Ustaz Zayed bahawa orang-orang yang dayuth (الديوث) merupakan mereka yang tidak akan masuk syurga akibat dosa besar yg dia lakukan. Dayus menurut ulama' ialah :-

الرجل بمثل هذا هو من ضعف الغَيْرة ، ـ التي تميّز بها المسلم عن غيره من الكفار والديوثين الذين يقرّون في أهليهم الخَبَثِ والفجور

"Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayuth yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" (القواد المستحسن على أهله) mengkelaskan dayuth sebagai salah satu dari dosa-dosa besar (الكبائر). Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayuth. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan. Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw :

إن الله يغار وإن المؤمن يغار، وإن غيرة الله ‏أن يأتي المؤمن ما حرم الله عليه

"Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayuth. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitif langsung dengan hukum-hukum moral yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Dr Abdullah Al-Faqih didalam membahaskan hadith mengenai "tidak masuk syurga" mereka yang dayuth dan sebagainya, melalui 2 pengtakrifannya iaitu :-

الأول: أنه لا يدخل الجنة مطلقاً، وذلك فيمن استحل ذلك، لأن استحلاله للفاحشة يخرجه من الإسلام، وبذلك يحرم عليه دخول الجنة.
الثاني: أن الجنة يحرم عليه دخولها ابتداء، فقد يدخل النار فيجازى على ذنوبه، ثم بفضل الله يدخل الجنة، أو قد يغفر الله له فلا يدخل النار، لكن لا يكون من السابقين في دخول الجنان. وهذا الوعيد في حق من مات من المسلمين قبل أن يتوب من هذا المنكر العظيم، أما من تاب منه فإن الله يتوب عليه.

1. Tidak akan masuk syurga langsung (mutlaq), ia dianggap benar secara syara' (legal), kerana sesungguhnya secara 'legal' orang yang melakukan maksiat bukanlah dikalangan orang islam, dan dengan itu tidak akan masuk syurga.

2. Larangan masuk syurga adalah pada peringkat permulaanya, setelah ia diazab dineraka maka dengan izin Allah dibenarkan masuk syurga, atau Allah swt mengampunkan dosanya kemudian dan tidak masuk kedalam neraka, tetapi bukanlah dari mereka yang terdahulu (al-sabiqin) memasuki syurga, Ini adalah hak mereka yang mati dari seorang Muslim yang bertaubat dari kemungkaran yang besar, baginya dia telah bertaubat dan Allah menerima taubat darinya"

Ibn Khuzaimah mengatakan bahawa hadith-hadith diatas tadi (yg dikemukan oleh Ustaz Zayed) menunjukkan bahawa orang-orang mukmin yang melakukan maksiat ('asi) tidak boleh masuk kedalam syurga Allah bersama-sama orang mukmin yang soleh, kerana orang yg melakukan maksiat terlebih dahulu dimasukkan kedalam neraka sehingga bersih dosannya, selama-mana ia mentauhidkan Allah swt.

Ibn Manzur (5:3414) memberi erti fasiq sebagai : melakukan MAKSIAT, meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Menurut Muqatil bin Sulaiman al-Balkhi (ms 328-330), 3 diantara 6 pembahagian FASIQ ialah :

1. maksiat kpd agama tanpa syirik
2. dosa tanpa syirik
3. kejahatan.

Maka ulama mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar (seperti dayuth) merupakan orang yang fasiq. Orang-orang yang fasiq sebegini masih boleh diampunkan dosanya sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.

Kesimpulannya, dayuth ialah tidak mempunyai perasaan cemburu keatas maksiat yg dilakukan oleh kaum keluarganya, contohnya seperti tidak melarang isteri atau anak mendedahkan aurat mereka. Dayuth merupakan salah satu dari dosa-dosa besar, dan orang yg dayuth juga merupakan orang yang fasiq. Wallahu'alam.

wassalam
=============
Rujukan :

1. Sheikh Al-Hafiz Abu Abdullah bin Ahmad bin Uthman Al-Zahabi. Kitabul Kaba'ir. ditahqiq oleh 'Aamir Al-Jazzaar dan Anwar Al-Baaz. Dar Al-Wafaa', 1998. ms 80.

2. Dr Abdullah Al-Faqih. مصير الديوث يوم القيامة. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=12581

3. Dr Husammuddin bin Musa Afaanah. أخلاق موضوع. url http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=88874

0 comments:

Post a Comment