Jan 27, 2009

Menikah Setelah Terlanjur

Salam

Mrk berdua tlh bertunang ttp mrk tlh terlanjur dan tlh mengandungkan kandungan sehingga berusia 7 bulan. Stlh itu, mrk cepat berkahwin dan apabila melahirkan anak tersebut, mrk berdua bertekad utk menjaganya dan akan memulakan hidup baru serta insaf diatas kesilapan mrk selama ini.Mrk tak sanggup utk berpisah dgn anak yg dikandungnya . Setelah mrk melahirkan anak tersebut mrk berdua tlh membinkan kpd ayahnya dan anak tersebut juga mrk telah menyusuinya dgn susu ibu. Apakah mrk patut lakukan utk kebaikan anak tersebut? adakah ini salah disisi agama? adakah ini dikira zalim terhadap anak tersebut?

wassalam...harap dpt jawapan...dari syeikh..

******************************
thtl

Wassalam

alJawab:

1. Perkahwinan pasangan yg hamil adalah tidak sah di sisi ahli tahqiq spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Manakala madzhab Syafi'iy membolehkan perkahwinan dilangsungkan kepada pasangan hamil kerana kesucian bukan syarat sah nikah (muhammad Jawad mughniyah, azZawaj watTalaq/173)

2. Status bayi itu adalah anak tidak sah taraf kerana dia lahir di luar batas minima dalam madzhab Syafi'iy iaitu 6 bulan selepas tarikh perkahwinan. Maka dia tidak boleh dinasabkan kepada si ayah.
Maka haram baby itu dibinkan kepada si ayah sekarang.

3. Susuan itu menaikkan taraf baby itu kepada anak angkat/ susuan.

sekian

3 comments:

Anonymous said...

jawapan no 3 ade sedikit kesilapan...

anak itu tetap anak kepada ibu yg melahirkan.. tidak akan jadi anak angkat atau anak susuan...

Anonymous said...

xkira bawah 6bulan ke! namanya anak diuar nikah xblh di bin kan kepada bapaknye! kena bin kepada (Abdullah)

Anonymous said...

Tidak ada dalil dan keterangan dalam islam supaya di binkan kepada Abdullah...

hanya dalam mazhab shafie yang membenarkan nikah semasa hamil, mazhab yang lain tidak boleh nikah sehingga anak tidak sah taraf itu dilahirkan...

Post a Comment