Jan 22, 2009

Suami Yang Fasiq/Kufr

Minta bantuan ahli di sini untuk bantu saya memberi nasihat kpd isteri
yang meng'claim' suaminya fasiq.

Yg. diberitahu ibadah khususnya tidak konsisten dan dlm sedar serta womaniser tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab rumahtangga yg lain. Yg. di minta
nasihat sejauh mana ketaatan isteri kpd suami itu?

Thanks in advance

*********************
wassalaam`alaikom wrm

Soalan sebegini banyak ditanya kepada para 'ulamaa'. Syaikh Muhammad ibn Saalih Al 'Uthaymeen ketika pernah ditanya soalan seumpama ini menyebutkan bahawa wanita itu perlu meninggalkan suaminya* sehinggalah dia solat dan bertawbah.

* walaupun telah ada hasil anak-anak dari perkahwinan mereka

Musykil : adakah 'meninggalkan' di sini bermakna 'meminta cerai'? Ada disebut-sebut akan solusi itu tetapi saya meminta jangan kerana ada juga disebut janjinya akan berubah cuma effort agak perlahan. Isu yang paling besarnya di sini adalah adakah Kaafir seorang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa mempertikaikan hukum kewajibannya ?

Imam Ibn Al Qayyim, Syaikh Ibn Baaz dan IBn 'Uthaymeen menganggap orang itu jatuh Kaafir dan oleh itu automatik jatuh talaq ke atas wanita tersebut. Kalau wanita itu berkahwin dengan seorang yang meninggalkan solat maka perkahwinan itu tidak sah menurut mereka.

Adapun jikalau kita mengikut pendapat 'Ulama' yang menyebut bahawa dia tidak Kafir maka dia yg meninggalkan solat itu adalah pelaku dosa besar dan bakal disumbat ke dalam neraka.

[42] (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
[43] Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam
kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; (Suurah Al Muddathhir )

Adakah kita mahu duduk satu rumah dengan seorang calon ahli neraka? Ini tentunya bukan pilihan yang bijak dan yang lebih utama ialah meninggalkan manusia celaka tersebut.

0 comments:

Post a Comment