Jan 27, 2009

Syarifah Nikah Orang Biasa

assalamualaikumm.

saya nak tanya pasal hukum nikah.. apakah tak sah nikah syarifah dengan org biasa.. hal ini berkaitan dengan kufu' dalam syarat nikah mazhab syafie.. harap dapat beri jawapan dengan tafsili..

************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akam cuba menjawab soalan sdr ilhamQuddus dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kami dah jawab soalan terdahulu sdr yang berbunyi :-

Quote:
assalamualaikum.
saya nak tanya pasal.. salah satu syarat kufu' dalam nikah yg disyaratkan oleh mazhab syafie.. apakah syed dan syarifah tak bleh kahwen ngan yang lain2 berdasarkan status kufu' mereka?
wallahu a'lam

Sila lihat jawapannya :-

SJ-12-0076 : kahwin syed syarifah
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=28723

Menurut Sheikh Sayyid Sabiq, kufu (كُفُؤ , كُفْء) bermakna :

الكفاءة في الزواج تعريفها: الكفاءة: هي المساواة، والمماثلة، والكفء والكفاء: المثيل والنظير. والمقصود بها في باب الزواج أن يكون الزوج كفوءًا لزوجته. أي مساويًا لها في المنزلة، ونظيرًا لها في المركز الاجتماعي، والمستوى الخلقي والمالي.
"Al-Kafaa'ah didalam perkahwinan , takrifnya - Al-Kafaa'ah atau kecukupan : iaitu sama taraf, dan persamaan, dan kufu' ialah : sesuai . Maksudnya ialah didalam perkahwinan suami mesti bersekufu (kufu') atau compatible dengan isterinya. Samada sama dari segi pangkat, setanding dengannya di tengah-tengah masyarakat (sosial), sama taraf akhlaq dan kewangannya. "

Kufu menurut Mazhab al-Syafie [al-Fiqh al-Manhaji 2/39-40] :-:

a. Agama dan kesolehan (الدين والصلاح) - hendaklah tidak fasiq.
b. Pekerjaan (profession) (الحرفة)
c. Selamat dari kecacatan (السلامة من العيوب)

Menurut Dr Mustafa al-Khin, Kufu adalah :

والكفاءة في الزواج من حق الزوجة وأوليائها، وهي وإن لم تكن شرطا في صحة النكاح، لكن مطلوبة ومقررة دفعا للعار عن الزوجة وأوليائها، وضمانا لاستقامة الحياة بين الزوجين، وذلك لأن أسلوب حياتهما، ونوع معيشتهما يكونان متقاربين، ومألوفين لهما، فلا يضطر أحدهما لتغيير مألوفه.
"Kufu / keefisyenan (efficiency) didalam perkahwinan merupakan hak isteri dan walinya, ia bukanlah syarat sah nikah, akan tetapi ia diperlukan dan dirancang agar tidak memalukan pihak isteri dan walinya, dan ia menjamin kebahagian didalam hidup kedua suami-isteri, dan ini kerana stail penghidupan mereka, cara penghidupan dan kerapatan mereka, kesesuaian mereka, maka salah seorang tidak memaksa menukar keadaan kebiasaannya"
--------------

Sebagaimana yang dinyatakan didalam SJ-12-0076, walaupun tidak sekufu menurut mazhab Syafie, jika isteri dan walinya redha, maka mereka boleh meneruskan nikah. Ini adalah kerana KUFU bukanlah syarat sah nikah, tetapi merupakan syarat keperluan (needs).

Kalau lelaki yang bukan bertitle 'Syed' mempunyai kufu' (kesesuaian) dari aspek agama : dia seorang yang soleh dan tidak cacat, sesuai dengan pengantin perempuan yang bergelar syarifah, maka mereka dikata sekufu. Wallahu A'lam

wassalam
=======
Rujukan :

1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji : 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - II. cet. 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.

2. Syeikh Said Sabiq. الكفاءة فى الزواج :شروطها وحقيقتها URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7927

0 comments:

Post a Comment