Jan 21, 2009

Zina Mensabitkan Nasab?

Salam

Maaf sekiranya ini soalan ulangan. Saya dah baca bbrp jawapan syeikh THTL dlm archive.

Anak yg dilahirkan tidak disabitkan nasab kecuali ia merupakan hasil daripada perkahwinan yg sah, perkahwinan yg fasid, atau persetubuhan syubhah. Maksudnya di sini, zina tidak mensabitkan nasab.

Dalil:
Sabda Nabi S.A.W: “Anak yg lahir dr hamparan (yg sah) berhak disabitkan nasab keturunan dan penzina berhak dilontar dgn batu.” (Riwayat al-jamaah kecuali At-Tirmidzi)

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berkahwin dan isterinya telah melahirkan anak dlm tempoh 6 bulan dari masa perkahwinannya. Kes ini telah dibawakan kpd Uthman bin Affan dan ia hampir2 menjatuhkan hukuman rejam ke atas isteri tersebut. Lalu Ibn Abbas melahirkan pendapatnya dgn berkata: “Sesungguhnya kalau ia (si isteri itu) lawan kamu dgn berbicara dgn berpegangan kpd kitab Allah S.W.T, nescaya kamu akan kalah. Firman Allah S.W.T:

“…Sedang tempoh mengandungnya berserta dgn tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa 30 bulan…” (Surah Al-Ahqaf: ayat 15)

“…Dan tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa dua tahun…” (Surah Al-luqman: ayat 14)

Maka tidak ada lebihan masa bagi tempoh hamil melainkan 6 bulan.” Pendapat ini dipersetujui oleh Uthman Al-Affan, lalu beliau melepaskan hukuman hadd yg hendak dikenakan ke atas perempuan itu. (Al-Bada’ie 3/111)

Tempoh bercerai susu = 24 bulan (2 tahun)
Tempoh mengandung + bercerai susu = 30 bulan
Tempoh mengandung = 30 bulan – 24 bulan = 6 bulan

Tujuan penetapan 6 bulan oleh para fuqaha adalah bertujuan melindungi bayi2 yg dilahirkan tidak cukup bulan sewaktu ketika dahulu kerana dahulu tidak mempunyai tiada teknologi seperti hari ini mengatakan bahawa anak dilahirkan tidak cukup bulan.

Nasab hanya boleh disabitkan utk aqad yg sah (perkahwinan yg sah), aqad yg fasid dan persetubuhan syubhah.

Bagaimana kalau seorang lelaki berzina dgn perempuan lalu hamil 3 bulan. Kmdn aqad nikah, lalu lahir anak 6 bulan selepas tarikh aqad itu. Apakah Anak ini boleh dinasabkan kpd lelaki itu? Tempoh minimum 6 bulan itu memang termaktub di sisi perubatan dan sains. Anak boleh dilahirkan ‘premature birth’ selepas 6 bulan dari tarikh persetubuhan selepas aqad.

Kalau dilihat dari jawapan THTL, 6 bulan 2 detik dilahirkan selepas dari aqad boleh dinasabkan kpd bapanya (maaf kalau pemahaman ana salah). Apakah tempoh 6 bulan ini boleh digunakan sewenang2nya? Seperti yg diterangkan dlm hadith, al-waladul firasy (anak itu dari hamparan yg sah). Kalau dinasabkan, maksudnya ia bertentangan dgn hadith. Persetubuhan sblm aqad yg sah dikira zina dan percantuman benih sblm aqad adalah anak zina.

Harap THTL dapat menjawab kemusykilan ana.

Wassalam

*****************
Wassalam

Jawab:

Kita sudah menjelaskan isu ini beberapa kali dan khususnya perundangan hukum kekeluargaan yg diterimapakai di Malaysia.

Isu hamil luar nikah tidak banyak dibahaskan di zaman kegemilangan Islam kerana zaman itu adalah zaman yg bersih dan terbaik.

Di zaman muttakhir ini sahaja, merebaklah zina dan kehamilan luar nikah, maka rumah2 Fatwa terpaksa mengeluarkan fatwa2 yg berbedza dari satu negara ke satu negara umat Islam. Apa yg sdr Zayed fahami itu ialah fatwa yg diamalkan di negara yg bermadzhab Hanbali spt KSA yg paling keras dan ketat dalam hal ini.

Manakala negara Mesir (Hanafi) dan Malaysia (syafi'iy-tradisional) agak longgar dan mempermudah. Ini kerana diluar bidang kuasa Majlis agama dan pendaftar nikah utk menyiasat setiap pernikahan dan kelahiran, apakah setiap perkahwinan itu semestinya teruna dan dara (pure virgins) dan setiap kelahiran itu bebas dari unsur zina. Mereka (pihak berwajib) selalunya merekodkan perkahwinan dan kelahiran berdasarkan goodfaith (dasar percaya kepada masyarakat) kecuali ada bantahan dan lapuran. Begitu juga dalam menentukan saksi dan wali yg Adil, ia telah dilonggarkan kerana sulitnya menyiasat latarbelakang rakyat yg semakin meningkat populasinya.
Maka pihak pendaftar tidak melakukan ujian dara sebelum kahwin, dan tidak boleh mewajibkan ujian DNA kepada setiap bayi yg dilahirkan utk mensahihkan nasabnya. Maka perkahwinan dianggap sah hatta perempuan itu sedang mengandung kerana pendaftar tidak berupaya mengetahuinya berdasarkan prosedur sedia ada. Begitu juga nasab ia thabit melalui al firasy (spt yg sdr Zayed kemukakan nasnya), juga melalui Iqrar (pengakuan) dan saksi.

Fatwa2 pertama dalam hal ini dikemukakan oleh alImam Muhammad Abduh yg menjadi Mufti Negara Mesir pada aad ke 19 (1322H) dan kemudian Fatwa Syaikh Ma'mun (1957), Fatwa Jad Ali Jad alHaq (1979) mengukuhkan sebab nasab ini pada tiga perkara yg kita sebutkan tadi, terutamanya alFirasy (yakni berkahwin dan anak yg lahir dalam tempoh minimum yg sah misalnya 6 bulan dua lahzah), jika di bawah masa minimum, nasab thabit dgn Iqrar si bapa, dan jalan ketiga dgn mengemukakan saksi. Mungkin sekarang ialah dgn ujian DNA Profiling.

Ini bukanlah menggalakkan zina, Nanti kita faham macam orang sekuler mentafsir hudud dan takzir dan mereka melihat suami boleh meliwat isterinya. WA

0 comments:

Post a Comment