Feb 24, 2009

Apa Beza Merwarna Dengan Menginai Rambut

Apa beza mewarna rambut dan menginai rambut. Saya perna menegur seseorang bahawa mewarna rambut adalah haram tetapi dia jawab dia tak mewarna tetapi inai.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zali dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-

Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda saw bersabda :

غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].

Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi saw bersabda :

إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]

Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi saw :

إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].

Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.

dari alfikrah.net

4 comments:

Anonymous said...

apakah hukum menginai rambut bagi perempuan untuk suami???

Anonymous said...

saya ingin menginai rambut...namun saya masih ragu ragu....adakah menginai rambut itu dosa...bagi saya yg berumur 14 tahun.apakah syarat yang perlu saya tahu....

Admin said...

inai rambut tak salah, yang salah wanita yang memperagakan rambut depan ajnabi. Tak salah inai rambut warna hitam untuk suami. (Orang muda boleh guna warna hitam,orang tua tidak dibenarkan warna hitam warna merah inai digalakkan).

Mewarna rambut di sini bukannya maksudnya untuk menyerupai atau meniru gaya dari barat.

Anonymous said...

salam
apa hukum mewarnakan rambut guna pewarna yg ada di pasaran yg ada cop halal jakim? warnakan rambut hanya utk suami & lelaki ajnabi shj.

Post a Comment