Dec 20, 2008

Suami Merbahaya

Suami Merbahaya
Disiarkan pada Oct 19, 2007 dalam kategori Fatwa |

Soalan: Suami saya seorang kaki arak. Apabila dia mabuk, dia pulang ke rumah dia bertindak ganas. Saya dan anak-anak dipukul. Saya tidak mampu bersabar. Adapun pihak agama yang menyatakan saya mesti bersabar dan tidak boleh keluar daripada rumah. Saya tertekan, apa yang patut saya buat?.


Jawapan: Sepatutnya perkara diselesaikan dengan pantas oleh mahkamah Syariah. Mahkamah sepatutnya memisahkan puan dan suami puan. Juga anak-anak puan tidak boleh dibiarkan dalam bahaya. Jika mahkamah gagal berfungsi dan puan merasa dalam bahaya dan terancam, puan boleh keluar daripada rumah suami puan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 195: “Jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan”.

0 comments:

Post a Comment